Tuesday, December 12, 2017

Hospital Panel MediSavers Takaful



No
Hospital Panel
Telefon
  KL / SELANGOR  
1 AL-ISLAM SPECIALIST HOSPITAL  03-2693 1007
2 ALPHA SPECIALIST CENTRE 03-6141 8533
3 AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL 03-8926 6036
4 ARA DAMANSARA MEDICAL CENTRE 03-5639 1212
5 ASSUNTA HOSPITAL 03-7680 7000
6 BEACON INTERNATIONAL SPECIALIST CENTRE 03-7620 7979
7 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - BUKIT RIMAU 03-5125 9999
8 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - PUCHONG 03-8064 8688
9 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - CHERAS 03-9086 9999
10 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - PETALING JAVA 03-7949 9999
11 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - SETAPAK 03-4145 9999
12 DAMAI SERVICE HOSPITAL (HQ) 03-4043 4900
13 DAMAI SERVICE HOSPITAL (MELAWATI) 03-4108 9900
14 DEMC SPECIALIST HOSPITAL 03-5515 1888
15 GLENEAGLES KUALA LUMPUR 03-4141 3000
16 HOSPITAL PUSRAWI 03-2687 5000
17 INSTITUT JANTUNG  NEGARA 03-2617 8200
18 KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE 03-8739 7077
19 KELANA JAVA MEDICAL CENTRE 03-7805 2111
20 KL EYE SPECIALIST CENTRE 03-6250 0077
21 KPJ AM PANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL 03-4270 2500
22 KPJ DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL 03-7722 2692
23 KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL 03-8769 2999
24 KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL 03-3377 7888
25 KPJ PUSAT PAKAR MATA CENTRE FOR SIGHT 03-7804 405l
26 KPJ RAWANG SPECIALIST HOSPITAL 03-6099 8999
27 KPJ SE LANGOR SPECIALIST HOSPITAL 03-5S43 1111
28 KPJ TAWAKKAL SPECIALIST HOSPITAL 03-4026 7777
29 KPMC PUCHONG MEDICAL CENTRE 03-8062 4073
30 LOURDES MEDICAL CENTRE 03-4042 5335
31 MANIPAL HOSPITALS SDN BHD 03-3324 3288
32 PANTAI HOSPITAL AM PANG 03-4289 2828
33 PANTAI HOSPITAL CHERAS 03-9145 2888
34 PANTAI HOSPITAL KLANG 03-32S8 5500
35 PANTAI HOSPITAL KUALA LUMPUR 03-2296 0888
36 PARKCITY MEDICAL CENTRE 03-5639 1212
37 PRINCE COURT MEDICAL CENTRE 03-2160 0000
38 PUSAT RAWATAN ISLAM AZ-ZAHRAH 03-8925 2525
39 QUILL ORTHOPAEDIC SPECIALIST CENTRE 03-7727 0633
40 SENTOSA MEDICAL CENTRE 03-4043 7166
41 SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL 03-5162 8814
42 SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL 03-5548 5161
43 SRI KOTA SPECIALIST MEDICAL CENTRE 03-3373 3636
44 SUBANG JAVA MEDICAL CENTRE SDN. BHD. 03-5639 1212
45 SUNGAI LONG MEDICAL CENTER SDN. BHD. 03-9010 3788
46 SUNWAY MEDICAL CENTRE 03-74919191
47 TAMAN DESA MEDICAL CENTRE 03-7982 6500
48 THE TUN HUSSEIN ONN NATIONAL EYE HOSPITAL 03-7718 1488
49 TOP VISION EYE SPECIALIST CENTRE (SETIA ALAM) SDN. BHD. 03-3343 9911
50 TOP VISION EYE SPECIALIST CENTRE SDN. BHD. 03-31818993
51 TROPICANA MEDICAL CENTRE 03-6287 1111
52 TUNG SHIN HOSPITAL 03-2037 2288
53 UM SPECIALIST CENTRE SDN. BHD. 03-78414188
  PERAK  
54 ANSON BAY MEDICAL CENTRE 05-623 2999
55  APOLLO MEDICAL CENTRE  05-805 6000
56 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - TAIPING 05-820 8888
57  HOSPITAL FATIMAH 05-545 5777 
58 KINTA MEDICAL CENTRE 05-242 5333
59 KPJ IPOH SPECIALIST HOSPITAL   05-240 8777
60 PANTAI HOSPITAL IPOH  05-540 5555
61 PANTAI HOSPITAL MANJUNG  05-689 8555
62 PERAK COMMUNITY SPECIALIST HOSPITAL   05-241 9000
63 TAIPING MEDICAL CENTRE 05-807 1049
  PENANG  
64 ADVENTIST MEDICAL CENTRE 04-226 2323
65 BAGAN SPECIALIST CENTRE 04-332 2800
66 GLENEAGLES MEDICAL CENTRE, PENANG 04-222 9111
67 HOPE CHILDREN HOSPITAL - GOTILIEB 04-228 6557
68 HOSPITAL LAM WAH EE 04-652 8888
69 ISLAND HOSPITAL 04-228 8222
70 KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL 04-548 6688
71 LOH GUAN LYE SPECIALISTS CENTRE 04-238 8888
72 OPTIMAX EYE SPECIALIST HOSPITAL 04-282 3522
73 PANTAI HOSPITAL PENANG 04-643 3888
74 PENANG ADVENTIST HOSPITAL 04-222 7200
  KEDAH  
75 AMANJAYA SPECIALIST CENTRE 04-442 3888
76 KEDAH MEDICAL CENTRE 04-730 8878
77 METRO SPECIALIST HOSPITAL 04-423 8888
78 PANTAI HOSPITAL SUNGAI PETANI 04-442 8888
79 PUTRA MEDICAL CENTRE 04-734 2888
  MELAKA  
80 MAHKOTA MEDICAL CENTRE SDN. BHD 06-285 2999
81  ORIENTAL MELAKA STRAITS MEDICAL CENTRE  06-315 8888
82 .PANTAI HOSPITAL AYER KEROH 06-231 9999
83 PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (MELAKA) SDN. BHD. 06-283 5888
  NEGERI SEMBILAN  
84 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - SEREMBAN 06-603 3988
85 KPJ SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL 06-767 7800
86 MAWAR RENAL MEDICAL CENTRE 06-764 7048
87 NILAI MEDICAL CENTRE 06-850 0999
88 NSCMH MEDICAL CENTRE 06-763 1688
89 SALAM SENAWANG SPECIALIST HOSPITAL 06-675 1188
  JOHOR  
90 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - NUSAJAYA 07-233 9999
91 GLENEAGLES MEDINI 07-560 1000
92 HOSPITAL PENAWAR SDN. BHD.  07-252 1800
93 KEMPAS MEDICAL CENTRE 07-236 8999
94 KLUANG UTAMA SPECIALIST HOSPITAL 07-771 8999
95 KPJ BANDAR MAHARANI SPECIALIST HOSPITAL 06-956 4500
96 KPJ JO HOR SPECIALIST HOSPITAL 07-225 3000
97 KPJ PASIR GUDANG SPECIALIST HOSPITAL 07-257 3999
98  KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL  07-225 3222
99 MEDICAL SPECIALIST CENTRE (JB) 07-224 3888
100 PANTAI HOSPITAL BATU PAHAT 07-433 8811
101 PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (BATU PAHAT)  07-413 3333
102 REGENCY SPECIALIST HOSPITAL 07-381 7700
  PAHANG  
103 DARUL MAKMUR MEDICAL CENTRE  09-534 9988
104 KUANTAN MEDICAL CENTRE 09-590 2828
105 KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. 09-567 8588
  KELANTAN  
106 KOTA BHARU MEDICAL CENTRE 09-743 3399
107 KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL 09-745 8000
  TRENGGANU  
108 KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. 09-624 5353
  SABAH  
109 DAMAI SPECIALIST HOSPITAL 088-222 922
110 GLENEAGLES KOTA KINABALU 088-518 888
111 KPJ SABAH SPECIALIST HOSPITAL 088-211 333
112 RAFFLESIA MEDICAL CENTRE SDN. BHD. 088-272 620
  SARAWAK  
113 BORNEO MEDICAL CENTRE 082-507 333
114  BINTULU MEDICAL CENTRE 086-330 333
115 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - BINTULU 086-25l 888
116 COLUMBIA ASIA HOSPITAL - MIRI  085-437 755
117 KUCHING SPECIALIST HOSPITAL 082-365 777
118 MIRI CITY MEDICAL CENTRE 08S-426 622
119 NORMAH MEDICAL SPECIALIST CENTRE 082-440 0S5
120 REJANG MEDICAL CENTRE 084-330 733
121 SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE 084-329 900
122 TIMBERLAND  MEDICAL CENTRE 082-234 466

Tuesday, October 31, 2017

HIBAH TAKAFUL... Faham Ker ?


Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.

SIAPA WARIS TERDEKAT  ?

  • Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
  • Kalau isteri, he he he.   Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada). Nama suami biasanya tak ada langsung…. Normal la gini…kalau nak tahu kenapa? Tanya sang isteri laa…. Mereka lebih arif tentang hal ini…


Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-          Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…

-           Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..

-           TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30 hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)

-          Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100%  pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....

-          Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja.  KWSP tak laksana konsep hibah tau….

-          Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.


REAL CASE STUDY

  • Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
  •  Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..


Profil Customer :



- Lelaki
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu  ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan








Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:

    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
    2. Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
    3. Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.


    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000

    • Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
    • Dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
    • Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…


    2. Penyakit Kritikal RM100,000

    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
    • Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekali pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
    • Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
    • Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
    • Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….


    3. Waiver – Pengecualian Bayaran
    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
    • Maksudnya tak perlu  bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
    •  Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
    • Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..


    BERMINAT NAK TAHU LANJUT 
    PASAL HIBAH TAKAFUL?


    KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.


    Sunday, May 14, 2017

    Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTA/MLTT dan bukan MRTA/MRTT ?


    Perhatian  kepada pemilik rumah kediaman dan bakal-bakal pembeli rumah 

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.
    Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
    •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan belum memiliki apa-apa insurans rumah anda ?
    •         Sedang dalam proses untuk membeli rumah ?
    •          Tidak tahu sepatah pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTA/MLTT or MRTA/MRTT ?


    Jika Ya, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

    Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



    INSURANS MRTA/MRTT Vs MLTA/MLTT


    Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

                i)        MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
                 MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
    dan 
               ii)    MLTA - Mortgage Level Term Assurance.
                 MLTT - Mortgage Level Term Takaful

    MLTA/MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTA/MRTT.

    MLTA/MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta simpanan sekali gus.

    Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTA/MRTT kerana dalam MRTA/MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan. 


    Maknanya (MRTA/MRTT) 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
    Maknanya juga, dalam MRTA/MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) disepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

    Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen benefit (cash value) pun daripada pihak bank or dari syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.

    Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTA/MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value).

    Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan. Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

    Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

    Name:
    Email :
    No Phone :
    Lokasi Anda :
    Mesej Pesanan :

    Click here to create your own form.