Sunday, May 14, 2017

Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTA/MLTT dan bukan MRTA/MRTT ?


Perhatian  kepada pemilik rumah kediaman dan bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.
Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
  •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan belum memiliki apa-apa insurans rumah anda ?
  •         Sedang dalam proses untuk membeli rumah ?
  •          Tidak tahu sepatah pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTA/MLTT or MRTA/MRTT ?


Jika Ya, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



INSURANS MRTA/MRTT Vs MLTA/MLTT


Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

            i)        MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
             MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
dan 
           ii)    MLTA - Mortgage Level Term Assurance.
             MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTA/MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta simpanan sekali gus.

Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTA/MRTT kerana dalam MRTA/MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan. 


Maknanya (MRTA/MRTT) 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
Maknanya juga, dalam MRTA/MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) disepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen benefit (cash value) pun daripada pihak bank or dari syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.

Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTA/MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value).

Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan. Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
Email :
No Phone :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Click here to create your own form.