Insurans Rumah : Apa beza MRTT dan MLTT (Produk Takaful Hayat) ?





Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah yang dibeli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? Insuran rumah ni macam insuran kereta la jugak... 

Sekiranya, kita beli kereta, tetapi kereta tersebut tiada apa-apa perlindungan insuran atau takaful. Apa akan jadi, sekiranya ditakdirkan kereta tersebut hilang, accident atau pun terbakar ?

Sekiranya kita ada ambil polisi insurans or takaful kenderaan, owner boleh claim sahaja kerosakan dan kerugian itu dengan syarikat insurans..  

Jadi, tak ada la kopak duit kita untuk repair balik kereta yang accident tadi. Lebih parah lagi, kalau kereta itu ditakdirkan hilang atau pun terbakar hangus..

Itu sekiranya ada insurans... Bagaimana kalau kereta terebut tiada perlindungan insurans atau takaful..
Jawabnya, bayar jer sendiri segala kos yang diperlukan..

Sekiranya kereta tersebut masih ada hutang dengan bank, maka suka tak suka kita terpaksa jugak settle dengan bank, walaupun kereta dah lesap entah kemana..

Sama juga dengan rumah yang kita beli... Sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diduga secara tiba-tiba (contohnya kematian kepada pembeli), siapa yang akan meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak bank?

Sekiranya ada insurans, Pewaris boleh membuat tuntutan pampasan kematian dengan pihak insurans untuk melangsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

Jika ditakdirkan kita lumpuh/cacat kekal dan tak boleh bekerja lagi, kita boleh tuntutan pampasan akibat lumpuh/cacat kekal daripada pihak Insurans/takaful.

Sekiranya tiada, terpaksa lah Pewaris kena teruskan dengan duit poket sendiri untuk bayaran seterusnya kepada pihak bank...Itu sekiranya, pewaris masih mampu untuk meneruskan bayaran bulanan rumah.. 



Jika sebaliknya, tunggu masa jer la, bank tetap bank. Mereka akan kejar, kejar dan kejar untuk dapatkan bayaran pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peminjam. 

Dan sekiranya gagal untuk mendapatkan bayaran daripada Pewaris, maka langkah akhir adalah bank akan lelong rumah tersebut..




DULU-DULU

Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

Bank dah tentukan insuran mana yang kita kena ambil... Kalau setuju, sign sahaja.. tak setuju, bye bye sahaja.. Kita sebagai Pengguna or Peminjam terpaksa redho sahaja apa yang bank offer..

Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda.  Bahasa glamor MRTT ler nie.

Kesannya, fees untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

Sekarang ini ………


Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.

Yang paling bestnya, ada insurans sekarang ni yang membolehkan anda tidak perlu membayar LUMPSUM sekali gus untuk insuran rumah anda.. Boleh sahaja dibayar berkala secara bulan-bulan atau tahunan.


  

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Walaupun pembeli ada hak untuk membuat pilihan insurans mana yang mereka perlukan Pembeli seharusnya (wajib sebenarnya) kena ada sedikit info tentang jenis-jenis insurans perumahan yang ada ditawarkan di negara kita ini.

Kalau tidak, macam mana nak buat pilihan.. kalau tak tahu apa-apa pasal insurans rumah ni



INFO BERGUNA UNTUK ANDA

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ada dua jenis insurans yang boleh digunakan untuk melindungi rumah anda daripada ditimpa musibah kepada pembeli rumah.

Musibah yang saya maksudkan disini adalah :-
      
1     1) Kematian atau
2     2) Cacat kekal.
3     3) Sakit Kritikal

PERSOALAN

·         Jika berlaku musibah di atas kepada pembeli rumah, apa akan jadi kepada bayaran bulanan seterusnya kepada rumah anda ?

  • ·        Adakah anak isteri anda akan menanggung untuk settle bayaran bulanan rumah hingga selesai ?
  • ·         Adakah anda yang masih hidup sanggup rumah anda dilelong oleh pihak bank dek kerana anak isteri anda tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan kepada bank ?

Jika anda sayangkan rumah anda daripada dilelong oleh pihak Bank, suka tak suka anda kena ada polisi insurans untuk cover pinjaman rumah anda.



Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis insurans rumah yang boleh anda ambil.Saya hanya tunjukkan dua jenis insurans rumah yang patuh syariah sahajaKedua-dua insurans itu adalah :-


1)  MRTT 
2)  MLTT



MRTT ialah Mortgage Reduced Term Takaful merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Ini yang biasa diambil oleh kebanyakan kita yang membeli rumah. Ini kerana insurans ini yang selalunya dipaksa diambil oleh pihak Bank ke atas pembeli rumah.

Tujuan nya adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal.

Jika berlaku musibah ini, pewaris tak perlu membayar apa-apa dan bayaran bulanan rumah akan dilangsaikan oleh pihak penyedia insurans anda. Bayaran terus masuk ke pihak bank.

Okay. Nampak tak tujuan insurans MRTT...

Ulang sekali lagi, jika pembeli rumah meninggal or mengalami cacat kekal sehingga putus punca pendapatan, maka Pewaris tidak akan dibebani untuk terus membuat bayaran ke atas baki pinjaman yang masih ada .

Insurans atau takaful akan selesaikan hutang-hutang yang masih berbaki itu...

Selalunya kalau pembeli malas memerah otak (kebanyakannya begitu), mereka akan terima sahaja saranan bank dan mengambil insurans jenis no 1 di atas iaitu MRTT.



Tetapi, Tunggu Dulu,  Tahukah Anda ???

Peraturan baru Bank Negara Malaysia, Bank-bank yang mengeluarkan pinjaman perumahan kepada anda, tidak lagi boleh mengenakan syarat untuk anda mengambil polisi insurans yang dicadangkan oleh pihak bank.

Maknanya di sini, anda ada hak untuk mengambil polisi insurans daripada bank atau memilih mana-mana syarikat insurans di luar sana yang anda lebih suka.

MRTT ini bukan tidak bagus, cuma sekarang ni ada option ke 2 iaitu MLTT yang membolehkan anda membuat bayaran secara bulanan (bukan LUMPSUM) atau pun tahunan sahaja.

Lagi pun, Pembeli rumah yang memiliki insurans MRTT ini hanya mendapat benefit jika sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal kepada pembeli sahaja sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Katakan sepanjang tempoh perjanjian tersebut, pembeli tidak meninggal atau cacat kekal, maka satu sen pun pihak pembeli tidak mendapat apa-apa benefit daripada syarikat insurans.

MLTT insya Allah ada sedikit lebihan cash money yang akan dipulangkan kembali... Ada dalam kontrak MLTT nie..



MLTT : ALTERNATIF KEPADA MRTT


Sebagai alternative  kepada insurans rumah MRTT ini, ada satu lagi insurans untuk melindungi  rumah anda yang dipanggil MLTT.

Sekarang tibalah masanya saya nak bercakap pasal MLTT. Bezanya R dengan L sahaja. Tetapi makna dan kesannya jauh lebih besar terutama kepada pulangan cash value kita.


Apa itu MLTT ?

MLTT atau  Mortgage Life Term Takaful  merupakan takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran kepada bank terlaksana andai kata terjadi musibah kepada pembeli rumah.

Cuma yang beza antara MLTT dengan MRTT ini adalah dari segi kaedah bayaran. MRTT dikenakan bayaran secara lump-sum manakala MLTT boleh dibuat secara bulanan.

Lagi satu, MRTT akan libatkan interest bank, sebab insuran ni akan dibundle kan sekali dengan Loan rumah anda..

MLTT tiada libatkan interest. zero interest. Ini kerana MLTT ni adalah Produk Takaful Hayat yang mana amaun pampasan kematian dan tempoh kontrak itu sahaja yang disesuaikan dengan jumlah loan dan tempoh masa loan itu dibuat...

Lain-lain perbezaan antara MRTT dan MLTT adalah seperti dalam rajah di bawah :-


No
MRTT
MLTT
1
Bayaran sekali gus (LUMPSUM).


Boleh dibayar secara bulanan. Tak perlu pening kepala nak menghabiskan duit untuk bayaran selama tempoh tempoh pinjaman rumah dibuat.


2
Jika digabung dengan pinjaman perumahan, amaun fee insurans MRTT akan meningkat 3 kali ganda (termasuk interest bank)

Tiada interest bank kerana bayaran boleh dibuat secara bulanan.
3
Tiada saving langsung. 
Sebahagian daripada caruman bulanan akan dipulangkan sebagai tabungan simpanan anda.
(ada cash value disini). Kena rujukm polisi masing-masing.

4
Kadar perlindungan (sum covered) akan menurun dari setahun ke setahun
Sum covered tidak menurun (tetap sehingga tamat tempoh kontrak)

5
Tidak boleh dipindah milik. Benificiari sebenar adalah pihak Bank.
Boleh ditentukan hibah dan faraid kepada mana-mana ahli keluarga yang lain. Pemegang polisi adalah anda sendiri.

6
Sekiranya berlaku kematian kepada pembeli, Syarikat insurans hanya membayar baki pinjaman perumahan anda sahaja
Sekiranya meninggal, insurans akan  bayar semua baki pinjaman DAN juga simpanan tunai yang tersimpan dalam akaun Insurans anda akan dipulangkan sama.

           
Untuk MRTT, bayaran kepada syarikat insurans akan dibuat sekali gus (lump sum). Jika pinjaman 30 tahun, maka bayaran fee untuk insurans MRTT akan dikira terus untuk tempoh 30 tahun .

Anda kena bayar terus fee insurans MRTT untuk tempoh 30 tahun, walaupun baru 2 hari anda memasuki rumah anda.

Tetapi pihak bank cerdik. Mereka tahu customer ramai yang tak suka atau tak mampu nak bayar MRTT sehingga 30 tahun sekali gus. Jadi apa yang dibuat adalah dengan memasukkan yuran insurans MRTT itu ke dalam pinjaman perumahan yang kita buat.

Maknanya bank akan bundle sekali pinjaman perumahan dengan yuran MRTT tu
Kesan daripada ini, MRTT juga kan dikenakan interest oleh pihak bank. 

Bukan sahaja bank boleh kenakan interest ketas pinjaman perumahan kita tetapi di masa yang sama, bank juga sempat lagi buat duit extra dengan mengenakan interest ke atas yuran insurans MRTT anda.



Tak caya, cuba kira.


Kalau rumah harganya RM200K, total bayaran kepada bank sepanjang tempoh pnjaman dibuat adalah dalam lingkungan RM600K++.

Yang paling ketara bezanya antara MRTT dan MLTT adalah pada item no 1 (dalam table di atas)..:-

     1) MRTT kena bayar sekali gus. MLTT boleh dibayar bulan-bulan..

     2) MRTT langsung tiada cash value/saving.  


Tetapi  ..

MLTT ada bahagian saving.. Maksudnya setiap caruman bulanan yang dibayar kepada syarikat takaful,  insyaAllah akan ada lebihan yang akan dipulangkan nanti.

Berapa Jumlah nya ?

Ianya akan bergantung kepada umur dan pekerjaan anda sewaktu memohon polisi MLTT ini.
Nak tahu lanjut, kena set masa sedikit dengan saya. Nanti saya prepare quotation.

Dalam quotation tu akan tunjuk number-number yang diperlukan untuk anda memahami produk MLTT yang anda hendak pohon.

Saya harap dengan catatan saya dapat membantu anda membuat penilaian sendiri insurans mana yang patut anda ambil untuk menjamin dan melindungi rumah anda.

Anda ada hak untuk memilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kehendak kita. Tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan tandatangan dengan pihak bank.

 Jika masih kabur dengan coretan ini, anda boleh bertanya atau whatsapp saya bila-bila masa . atau boleh juga anda tinggalkan pesanan anda dalam borang yang ada di bawah ini.


Ingin Info Lanjut MLTT Sekarang ?

Sila isikan maklumat diri anda dalam eForm saya dibawah.. Nanti senang saya nak propose mana plan MLTT yang sesuai dengan anda...

 




Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.