Ada yang tanya saya menerusi email, kenapa pihak Etiqa takaful tidak menyediakan elauan wad atau elaun hospital, sedangkan kawan beliau yang mengambil takaful dari pengendali lain ada membuat bayaran elaun wad apabila rakan beliau tersebut dimasukkan ke wad.
Saya jelaskan kepada beliau, perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful atau insurans, ada dua jenis, i.e :-
i) Perlindungan asas
ii) Perlindungan Tambahan
Perlindungan asas adalah perlindungan mandatory yang MESTI disediakan oleh takaful kepada customer. Contohnya perlindungan kepada musibah kematian dan cacat kekal tidak kira apa jua sebab sekalipun. Maksudnya, sekiranya pelanggan mengambil polisi takaful hayat dengan mana-mana syarikat takaful, kedua-dua perlindungan itu (musibah kematian dan cacat kekal) secara automatik akan ada dalam polisi takaful. Yang berbeza adalah dari segi jumlah pampasan yang akan diterima oleh peserta yang bergantung kepada faktor-faktor lain seperti umur kemasukan, tempoh kongrak dengan takaful, sumbangan bulanan dan juga jenis risiko pekerjaan.
Perlindungan tambahan pula adalah bersifat optional dimana pelanggan boleh memilih untuk memiliki atau sebaliknya. Contohnya seperti :-
a) Elaun harian kemasukan ke hospital.
b) Pampasan untuk penyakit kritikal
c) kemudahan kad perubatan
d) Pengecualian daripada bayaran premium, andainya pelanggan disahkan mengidap penyakit kritikal.
Ini samalah kes dalam insurans kenderaanUntuk memudahkan pemahaman, dalam kes perlindungan tambahan untuk insurans kenderaan adalah seperti perlindungan untuk cermin, banjir dan juga perlindungan untuk radio cassette. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan perlindungan dari musibah kerosakan/pecah cermin, kehilangan radio casette atau pun musibah ditimpa bencana banjir, maka barulah