Kad Perubatan Takaful, Ketahui bagaimana anda layak mendapat layanan Kelas Pertama dari mana-mana Hospital Panel Takaful di Seluruh Malaysia?

Kad ini banyak membantu anda menyelesaikan bil rawatan dan pembedahan di hospital swasta walaupun ianya mencecah puluhan ribu sekali pun




Apa yang saya akan saya kongsikan di laman ini ditujukan khas jika anda :-



Lebih cenderung untuk menggunakan servis di hospital swasta berbanding hospital kerajaan ?

Anda bekerja swasta dan ada kad perubatan yang disediakan oleh syarikat di tempat anda bekerja,

TETAPI .....

Menghadapi masalah kerana perlindungan yang dijamin bukan 100%. Ada setengah cover dan setengah lagi yang tidak cover?

Kad Perubatan di syarikat anda mempunyai had (limit) claim yang terlalu rendah. Asyik turun dari setahun ke setahun jer...

Anda risau kedudukan anda di tempat kerja anda sekarang ?
Ramai pekerja yang kena buang atau ditukarkan ke tempat kerja lain yang berjauhan dari tempat kerja anda sekarang...

p.s : Kalau dibuang atau berpindah tempat kerja baru, Adakah anda masih lagi dilindungi dengan Kad Perubatan Syarikat anda sekarang?

Anda tidak sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai kos-kos rawatan yang menggila dihospital-hospital swasta.

Anda mahu, orang lain yang akan bayarkan kos rawatan anda jika ditakdirkan anda dimasukkan ke hospital?



Jika Ya, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini..

Di laman ini saya akan dedahkan dahulu, maklumat-maklumat asas Kad Perubatan Takaful untuk memudahkan anda membuat keputusan memilikinya atau pun tidak.


Apakah Faedah-Faedah Utama Sekiranya Saya Memiliki Kad Perubatan Takaful Ini?




i)                    Jika anda sakit dan warded, 100% kos rawatan ditanggung takaful. Kad baru Takaful ini tiada lagi ko-takaful yang memerlukan anda membayar 10% dari kos rawatan hospital. Anda hanya perlu tunjukkan kad perubatan ini di kaunter/receiptionist Hospital Panel Takaful sahaja.. Selebihnya kakitangan hospital tersebut akan uruskan kemasukan anda ke hospital tersebut. Dapatkan Guarantee Letter (GL) akan diuruskan oleh kakitangan hospital. 

ii)               100% kos pre-warded juga akan ditanggung takaful. Maksudnya jika anda dikehendaki melakukan rutin pemeriksaan doktor sebelum anda benar-benar warded untuk rawatan atau pembedahan, kos untuk rawatan dan pemeriksaan awal sebelum warded ini pun akan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful. 

iiii)                100% kos post-warded juga akan ditanggung takaful. Masa yang dibenarkan adalah 3 bulan selepas anda warded. Maksudnya selepas anda warded (keluar hospital) dan perlukan rawatan dan pemeriksaan susulan selepas warded, semua kos akan ditanggung oleh Syarikat Takaful. 

iv)                  Anda juga boleh ke hospital swasta yang lain (tak semestinya panel Takaful), tetapi kos rawatan anda kena bayar sendiri dahulu, ambil resit dan buat claim kepada Syarikat Takaful kemudiannya. 

v)                Jika anda warded di mana-mana hospital kerajaan (dah tentu bayarannya jauh lebih rendah dari hospital swasta), maka pihak Takaful akan pulangkan balik penjimatan yang sepatutnya ditanggung Syarikat Takaful dengan membayar balik kepada anda di dalam bentuk Elaun Harian Hospital dari RM50.00 ke RM250 sehari (bergantung kepada pelan kad perubatan yang anda ambil). 

vi)              Jika anda sihat memanjang dan tak pernah sakit atau tak pernah buat apa-apa claim, anda akan dapat balik sebahagian daripada sumbangan bulanan anda selama polisi ini berjalan.



Itu adalah sebahagian sahaja faedah yang bakal anda perolehi sekiranya anda memiliki Kad Perubatan ini..Amaun sebenar yang ditanggung takaful adalah bergantung kepada :_ 

i)                    Umur penyertaan anda sewaktu memohon kad ini, lagi muda memohon lagi rendah bayaran bulanannya. 

ii)                  Bayaran bulanan (akan bergantung kepada pelan kad perubatan yang dipilih). Lagi tinggi bayaran bulanan anda atau lagi tinggi pelan perubatan yang anda ambil ,lagi tinggi perlindungan RM yang ditanggung Takaful . 

iii)                Jantina – ada sedikit perbezaan perlindungan antara lelaki dan perempuan 

iv)                Jenis pekerjaan anda sama ada jenis pekerjaan berbahaya atau biasa-biasa sajer. Kerja sebagai polis/tentera dengan kerani pejabat akan berbeza perlindungannya..


Apakah Pilihan Pelan Kad Perubatan Yang Ditawarkan Takaful Kepada Anda?


»   Bahagian ini agak penting untuk anda ketahui supaya anda boleh memohon kad berdasarkan kemampuan dan keperluan anda.. Kalau ikutkan keperluan, semua orang nak kan bilik/katil VIP di hospital swasta, tetapi kena tengok juga budget kita…
»   Ini ringkasan pelan-pelan  yang anda boleh pilih mengikut budget anda yang disediakan di dalam kad Perubatan Takaful Ada pelan paling rendah (berkongsi bilik) sehingga ke Pelan VIP yang membolehkan anda mendapat sebilik seorang tanpa perlu berkongsi bilik dengan lain-lain pesakit.

     Pelan 150             
Katil RM150 sehari.. Ni biasanya pesakit akan berkongsi 2 atau 3 katil dalam satu bilik
     Pelan 250
Katil RM250 sehari untuk 1 atau 2 katil sebilik
     Pelan 500
Katil RM500 sehari untuk seorang sebilik


»   Saya rasa anda dah boleh agak dah, kadar bayaran bulanan yang perlu anda komit setiap pelan di atas. Nak yang murah, Pelan 150 atau nak yang advance, ambil pelan yang lebih tinggi tu…


Jika berminat ingin tahu lebih lanjut untuk diri anda atau ahli keluarga anda yang lain secara tepatnya, sila scroll down dan isikan borang maklumat anda yang ada di bahagian bawah laman ini..



Wassap aje ke 019-344 2370



Atau….. Anda teruskan sahaja pembacaan di laman ini, kerana ada info-info penting yang patut anda tahu berkenaan Kad Perubatan ini…


En Lazim, Kalau Saya Ingin Memohon Kad Perubatan Ini, Berapa Sumbangan Bulanan Sebulan?



Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya sebenarnya (sama ada menerusi email atau SMS). Sebagaimana yang saya nyatakan pada bahagian atas laman ini, ianya bergantung kepada :-

1) Umur sewaktu memohon kad ini.
2) Pekerjaan
3) Merokok atau tidak ?
4) Pilihan pelan kad perubatan yang anda ingin miliki dan juga
5) Jantina.

»     Kalau anda hendak tahu secara tepat berapa sumbangan sebulan dan berapa pula amaun perlindungan dan simpanan, anda boleh SMS or Wassap :-

1) Nama,
2) Tarikh lahir dan
3) Pekerjaan anda 

ke no 019-344 2370





Bagaimana Memohon Kad Perubatan Takaful Ini ? 


1)   Isikan maklumat diri anda dalam borang yang ada di laman bawah page ini.  Saya akan hubungi anda kemudian untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan sebenar untuk diri anda.

2)  Saya akan sediakan kertas cadangan takaful dan akan emailkan kepada anda setelah saya memahami kehendak anda dan juga butiran diri yang diperlukan bagi menyediakan kertas cadangan ini

3)  Selepas itu, saya serahkan kepada anda untuk buat keputusan sama ada ingin mengambil polisi takaful ini atau sebaliknya. Tiada paksaan…Anda tentukan sendiri kerana ianya melibatkan kepentingan dan masa depan anda seisi keluarga.

4)  Jika dah bersedia, baru kita fikirkan untuk tindakan seterusnya (pertemuan bersemuka face to face dan mengisi borang-borang takaful yang diperlukan).



P.S  : Penerangan saya sampai setakat ini. Saya menunggu response anda….

Jika ingin tahu lebih lanjut, sila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page ini.  Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.


Wassap Lazim 019-344 2370  

atau Klik link Wasap dibawah 
👇👇👇👇👇👇👇

Kad Perubatan Standalone Vs Kad Perubatan Plus Pelan Takaful Keluarga



Salam semua warga internet. Diharap kita semua berada dalam lindungan dan peliharaan Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Pada posting kali ini saya akan membincangkan jenis-jenis kad perubatan yang ada di pasaran sekarang ini. Baik daripada syarikat insurans atau pun dari syarikat takaful.

Perkara ini perlu anda fahami betul-betul. Jangan main redah, ambik jer dan syok sendiri dengan kad yang dah diambil. Bila ditimpa musibah, baru sibuk nak check itu dan ini.

Masa tu juga ler, baru nak cari polisi…entah mana simpan pun tak tahu.. termasuk ler saya sendiri sebelum ini.. he he he..

Ok. Sekarang ini, apa yag dimaksudkan dengan kad standalone dan apa pula kad perubatan plus takaful keluarga.

Kad perubatan standalone merupakan kad yang tidak memerlukan anda mengambil kad ini berserta dengan mana-mana pelan takaful keluarga daripada syarikat pengendali takaful.

Maknanya anda boleh ambil kad perubatan ini sahaja tanpa perlu memohon mana-mana pelan takaful keluarga. Kad ini lebih murah kadar bayaran bulanannya dan selalunya ia bersifat yearly renewal contract. Tang ni anda kena check betul-betul dengan syarikat takaful yang anda mohon. 

Yearly renewal contract, maknaya setiap tahun anda perlu renew kad ini (macam renew insurans kereta). Ada setengah syarikat pengendali takaful yang mensyaratkan anda  perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap kali pembaharuan dibuat.

Sekiranya anda sihat pada tahun tersebut, biasanya tak jadi masalah, kad akan disambung lagi. Tetapi jika anda dah sakit (anda ada buat claim pada tahun tersebut), masa ini akan timbul macam-macam masalah untuk anda sambung setahun lagi polisi kad ini.

Ini sama ler kes dengan insurans kereta… Jika kereta dah berusia (selalunya kereta lama ni ragam nya macam-macam), syarikat insurans pun tak sanggup lagi nak renew insurans kereta anda.

Saya sendiri pun ada masalah nak renew kereta kapcai saya yang dah 30 tahun lebih.. tak semua company insurans sanggup menerima saya untuk renew insurans kereta saya..

Puas mencari, ada ler satu company isnurans yang sanggup. Itu pun dikenakan loading yang terus terang saya katakan agak mencekik darah… Apa nak dibuat, terpaksa renew juga, kalau tidak, tak boleh bayar roadtax..

Ok. Balik kepada kad perubatan standalone tadi. Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini, selalunya syarikat tidak akan menyambungkan lagi polisi kad ini atau mereka akan sambung tetapi dengan bersyarat.

Apa syaratnya.?

Syarikat tidak akan cover ke atas penyakit yang anda sedang hidapi sekarang. Contohnya, Kalau anda ada masalah blood pressure, syarikat tidak akan cover untuk penyakit yang berkait dengan blood pressure anda..

Anda perlu tahu term and condition ini jika ingin mengambil mana-mana kad perubatan yang standalone.. Kad standalone ini biasanya diambil oleh mereka yang ciput budget bulanan.

Sebagai alternative dengan masalah yang ada pada kad standalone ini, ada satu lagi kad yang ditawarkan oleh pengendali takaful atau insurans iaitu kad perubatan plus pelan takaful keluarga.

Apa itu Kad Perubatan plus pelan takaful keluarga ?

Kad perubatan plus pelan takaful keluarga merupakan kad perubatan yang MESTI diambil bersama pelan takaful keluarga yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Setiap syarikat takaful ada menawarkan pelbagai pelan takaful keluarga. 

Jadi maknanya disini, jika anda ingin memiliki kad perubatan ini, anda mesti mengambil salah satu daripada pelan takaful keluarga dan kad perubatan ini dijadikan sebagai salah satu perlindungan tambahan (rider) kepada pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Bila anda ambil pelan takaful keluarga. Ini bermakna anda sudah mengikat kontrak dengan takaful sehingga tamat tempoh kontrak anda dengan takaful. 

Katakan, jika anda mengambil tempoh kontrak sehingga 50 tahun dengan takaful, maknanya kad yang anda ambil juga akan sah sehingga 50 tahun dan tak perlu nak renew lagi setiap tahun. Kad ini akan sah bersama-sama dengan sahnya pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Anda masih pening kepala dengan penerangan saya? O.K ini saya bagi ringkasan apa yang saya tulis kat bahagian atas. Ini dalam bentuk table pula..
No
Kad Standalone
Kad bersama Pelan Takaful Keluarga
1
Bayaran bulanan lebih murah
Bayaran bulanan lebih tinggi berbanding kad standalone.

2
Kena renew setiap tahun

Note : yang ni kena check betul-betul degan syarikat takaful anda. Ada setengah company yang sudah tak perlu renew setiap tahun.
Tak perlu renew setiap tahun lagi. Akan cover sehingga tamat tempoh kontrak

3
Tiada langsung simpanan. Simpanan zero.
Sebahagian caruman bulanan akan dimasukkan ke dalam tabungan simpanan.

p.s Jika anda mengambil kad ini pada usia di bawah 30 tahun, anda boleh dapat balik 100% caruman anda bila sampai tempoh matang (tamat kontrak dengan takaful)

4
Perlindungan terhad. Tiada pampasan untuk kematian atau cacat kekal.

p.s : Kad hanya berfungsi semata-mata hanya bila anda warded sahaja.
Perlindungan lebih menyeluruh kerana anda akan dapat kemudahan 3 dalam 1.

i)             Jika berlaku musibah (meninggal atau cacat kekal), pengendali takaful akan bayar dalam bentuk pampasan
ii)            Jika anda sakit dan warded, anda hanya perlu tunjukkan kad ini sahaja untuk warded dan segala kos rawatan akan ditanggung oleh takaful.
iii)           Jika ditakdirkan anda sihat dan tak pernah sakit sepanjang tempoh kontrak, anda akan dapat tabungan simpanan (tiada dalam kad standalone).

5
Jika anda sakit dan pernah warded, anda tidak dijamin untuk tujuan renewal kad pada tahun-tahun akan datang.

Keputusan sebenar bergantung kepada syarikat takaful/insurans yang anda ambil.

Apa pun terjadi kepada anda, kad ini akan valid sehingga tamat tempoh kontrak.



 

Jika anda masih confuse dengan penulisan ini, tak ada cara lain. Cuba call/sms saya atau isi jer borang hubungi saya yang ada di bahagian bawah laman ini. Nanti saya akan buat call balik kepada anda.

Kalau nak cepat untuk saya hubungi anda kembali, anda boleh wassap saya directly.

Wassap jangan tak wassap yer....



Wassap Lazim 019-344 2370




Wallahuaklam..



Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTT dan bukan MRTT ?


Perhatian  !!!!  Kepada pemilik rumah kediaman sekarang dan juga bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
    •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan rumah anda belum diinsuranskan dengan mana-mana pengendali or syarikat insuran/takaful ?
    •        Sedang dalam proses untuk membeli rumah kediaman anda ?
    •          Tidak tahu apa-apa pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTT or MRTT ?
    • Terma terma yang saya sebutkan di atas sebentar tadi tu, memang memeningkan kepala anda ?


    Jika benar la begitu, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

    Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



    INSURANS MRTT Vs MLTT


    Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

                i)        MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
    dan 
               ii)    MLTT - Mortgage Level Term Takaful

    MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTT.

    MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta adanya tabungan cash value sekali gus.

    Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTT kerana dalam MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan (cash value). 


    Maknanya MRTT 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
    Maknanya juga, dalam MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) di sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

    Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen cash value pun daripada pihak syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.

    Senario MRTT ini sama la macam kita ambil insurans kenderaan... Jika katakan kenderaan kita tidak mengalami apa-apa musibah (hilang, accident atau terbakar) sepanjang setahun kita ambil insurans kenderaan, maka tiada cash value langsung yang akan dipulangkan kembali kepada kita..



    $$$   MLTT - Ada Cash Value   $$$

    Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value). 

    Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga (kalau umur 30an) yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan.

    Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

    Isikan maklumat diri anda Disini

    Name:
    No Phone :
    Tarikh Lahir anda :
    Pekerjaan Anda :
    Lokasi Anda :
    Mesej Pesanan :

    Get your own free form like this one.