Showing posts with label etiqa. Show all posts
Showing posts with label etiqa. Show all posts

Kad Perubatan Standalone Vs Kad Perubatan Plus Pelan Takaful Keluarga



Salam semua warga internet. Diharap kita semua berada dalam lindungan dan peliharaan Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Pada posting kali ini saya akan membincangkan jenis-jenis kad perubatan yang ada di pasaran sekarang ini. Baik daripada syarikat insurans atau pun dari syarikat takaful.

Perkara ini perlu anda fahami betul-betul. Jangan main redah, ambik jer dan syok sendiri dengan kad yang dah diambil. Bila ditimpa musibah, baru sibuk nak check itu dan ini.

Masa tu juga ler, baru nak cari polisi…entah mana simpan pun tak tahu.. termasuk ler saya sendiri sebelum ini.. he he he..

Ok. Sekarang ini, apa yag dimaksudkan dengan kad standalone dan apa pula kad perubatan plus takaful keluarga.

Kad perubatan standalone merupakan kad yang tidak memerlukan anda mengambil kad ini berserta dengan mana-mana pelan takaful keluarga daripada syarikat pengendali takaful.

Maknanya anda boleh ambil kad perubatan ini sahaja tanpa perlu memohon mana-mana pelan takaful keluarga. Kad ini lebih murah kadar bayaran bulanannya dan selalunya ia bersifat yearly renewal contract. Tang ni anda kena check betul-betul dengan syarikat takaful yang anda mohon. 

Yearly renewal contract, maknaya setiap tahun anda perlu renew kad ini (macam renew insurans kereta). Ada setengah syarikat pengendali takaful yang mensyaratkan anda  perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap kali pembaharuan dibuat.

Sekiranya anda sihat pada tahun tersebut, biasanya tak jadi masalah, kad akan disambung lagi. Tetapi jika anda dah sakit (anda ada buat claim pada tahun tersebut), masa ini akan timbul macam-macam masalah untuk anda sambung setahun lagi polisi kad ini.

Ini sama ler kes dengan insurans kereta… Jika kereta dah berusia (selalunya kereta lama ni ragam nya macam-macam), syarikat insurans pun tak sanggup lagi nak renew insurans kereta anda.

Saya sendiri pun ada masalah nak renew kereta kapcai saya yang dah 30 tahun lebih.. tak semua company insurans sanggup menerima saya untuk renew insurans kereta saya..

Puas mencari, ada ler satu company isnurans yang sanggup. Itu pun dikenakan loading yang terus terang saya katakan agak mencekik darah… Apa nak dibuat, terpaksa renew juga, kalau tidak, tak boleh bayar roadtax..

Ok. Balik kepada kad perubatan standalone tadi. Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini, selalunya syarikat tidak akan menyambungkan lagi polisi kad ini atau mereka akan sambung tetapi dengan bersyarat.

Apa syaratnya.?

Syarikat tidak akan cover ke atas penyakit yang anda sedang hidapi sekarang. Contohnya, Kalau anda ada masalah blood pressure, syarikat tidak akan cover untuk penyakit yang berkait dengan blood pressure anda..

Anda perlu tahu term and condition ini jika ingin mengambil mana-mana kad perubatan yang standalone.. Kad standalone ini biasanya diambil oleh mereka yang ciput budget bulanan.

Sebagai alternative dengan masalah yang ada pada kad standalone ini, ada satu lagi kad yang ditawarkan oleh pengendali takaful atau insurans iaitu kad perubatan plus pelan takaful keluarga.

Apa itu Kad Perubatan plus pelan takaful keluarga ?

Kad perubatan plus pelan takaful keluarga merupakan kad perubatan yang MESTI diambil bersama pelan takaful keluarga yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Setiap syarikat takaful ada menawarkan pelbagai pelan takaful keluarga. 

Jadi maknanya disini, jika anda ingin memiliki kad perubatan ini, anda mesti mengambil salah satu daripada pelan takaful keluarga dan kad perubatan ini dijadikan sebagai salah satu perlindungan tambahan (rider) kepada pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Bila anda ambil pelan takaful keluarga. Ini bermakna anda sudah mengikat kontrak dengan takaful sehingga tamat tempoh kontrak anda dengan takaful. 

Katakan, jika anda mengambil tempoh kontrak sehingga 50 tahun dengan takaful, maknanya kad yang anda ambil juga akan sah sehingga 50 tahun dan tak perlu nak renew lagi setiap tahun. Kad ini akan sah bersama-sama dengan sahnya pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Anda masih pening kepala dengan penerangan saya? O.K ini saya bagi ringkasan apa yang saya tulis kat bahagian atas. Ini dalam bentuk table pula..
No
Kad Standalone
Kad bersama Pelan Takaful Keluarga
1
Bayaran bulanan lebih murah
Bayaran bulanan lebih tinggi berbanding kad standalone.

2
Kena renew setiap tahun

Note : yang ni kena check betul-betul degan syarikat takaful anda. Ada setengah company yang sudah tak perlu renew setiap tahun.
Tak perlu renew setiap tahun lagi. Akan cover sehingga tamat tempoh kontrak

3
Tiada langsung simpanan. Simpanan zero.
Sebahagian caruman bulanan akan dimasukkan ke dalam tabungan simpanan.

p.s Jika anda mengambil kad ini pada usia di bawah 30 tahun, anda boleh dapat balik 100% caruman anda bila sampai tempoh matang (tamat kontrak dengan takaful)

4
Perlindungan terhad. Tiada pampasan untuk kematian atau cacat kekal.

p.s : Kad hanya berfungsi semata-mata hanya bila anda warded sahaja.
Perlindungan lebih menyeluruh kerana anda akan dapat kemudahan 3 dalam 1.

i)             Jika berlaku musibah (meninggal atau cacat kekal), pengendali takaful akan bayar dalam bentuk pampasan
ii)            Jika anda sakit dan warded, anda hanya perlu tunjukkan kad ini sahaja untuk warded dan segala kos rawatan akan ditanggung oleh takaful.
iii)           Jika ditakdirkan anda sihat dan tak pernah sakit sepanjang tempoh kontrak, anda akan dapat tabungan simpanan (tiada dalam kad standalone).

5
Jika anda sakit dan pernah warded, anda tidak dijamin untuk tujuan renewal kad pada tahun-tahun akan datang.

Keputusan sebenar bergantung kepada syarikat takaful/insurans yang anda ambil.

Apa pun terjadi kepada anda, kad ini akan valid sehingga tamat tempoh kontrak.



 

Jika anda masih confuse dengan penulisan ini, tak ada cara lain. Cuba call/sms saya atau isi jer borang hubungi saya yang ada di bahagian bawah laman ini. Nanti saya akan buat call balik kepada anda.

Kalau nak cepat untuk saya hubungi anda kembali, anda boleh wassap saya directly.

Wassap jangan tak wassap yer....



Wassap Lazim 019-344 2370




Wallahuaklam..



Anda sakit dan perlu WARDED (Perlu tinggal di wad) ? Bagaimana ingin menggunakan Kad Perubatan Takaful yang ada ditangan anda ?


Nampaknya dalam seminggu dua ni, ramai betul customer saya yanterpaksa kena tahan kat wad. Ada yang sakit denggi, ada pula yang sakit kepala (migraine)  dan ada pula yang sakit dalam perut (gastrik).

Nasib baik mereka ada ambil polisi yang attach sekali dengan Kad Perubatan Takaful.


Untuk memudahkan lain-lain client (dan juga audiens) saya diluar sana  yang ada Kad Perubatan Takaful, disini saya sertakan sedikit panduan untuk anda menggunakan kad perubatan takaful yang dah anda miliki sekian lama ini…


Langkah 1 – Pastikan anda sudah layak menggunakan kad perubatan ini. Jangan sesekali kad takaful anda masih dalam waiting period (masa menunggu). Untuk pengetahuan, mana-mana kad perubatan takaful atau insuran memang ada masa menunggu atau waiting period. Biasanya 120 hari untuk sakit kritikal. 

Pastikan juga polisi anda tidak berstatus LAPSE.. Lapse ini berlaku jika sumbangan atau bayaran bulanan anda ke takaful tidak ada yang tertunggak... Sebab itu, jika ambil mana-mana polisi takaful, lebih-lebih lagi yang ambil medical card, bayaran bulanan adalah menjadi kewajipan anda untuk melunaskannya.

Jangan dikala kita memerlukannya, check punya check rupanya medical card kita sudah 3 bulan tidak berbayar.... Kalau ini berlaku, memang akan problem untuk menggunakan medical card yang ada ditangan kita..

p.s : Kalau tak faham juga apa itu “waiting period”, sila berhubung dengan Perunding Takaful anda masing-masing. Itu la, gunanya ada agent or Perunding Takaful....apa jua soalan, boleh direct kepada beliau...

p.s .s : Kalau kes kemalangan (accident) ia cover sebaik polisi berkuatkuasa… Tiada waiting period untuk kes kemalangan..


Langkah 2 – Pergi ke klinik (dicadangkan terus ke Klinik Panel Takaful)  dan dapatkan rawatan daripada doktor biasa terlebih dahulu.

Pihak hospital (doltor biasa)  akan buat pemeriksaan terlebih dahulu dan sekiranya keadaan anda memerlukan anda perlu ditahan di wad, doktor akan beritahu anda tentang keperluan anda perlu ditahan di wad.

Waktu ini lah anda boleh mulakan usaha anda untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Kad Perubatan Takaful anda.

Langkah 3 – Dapatkan Surat jaminan (guarantee letter or GL)

Langkah ini amat penting sebelum anda masuk wad. Jangan main serbu masuk dan selepas itu baru nak usahakan dapatkan GL. Sebab ada kes yang pihak Takaful tak dapat keluarkan GL terutama yang tidak memenuhi syarat-syarat pengendali takaful. 

Ini adalah contoh-contoh yang GL mungkin sukar diperolehi :-
      1)  Kad anda masih dalam waiting period. 
2    2) Polisi anda lapse berbulan-bulan. Sumbangan or bayaran bulanan anda sangkut berbulan-bulan.

p.s : Anda kena pastikan kedua-dua di atas memenuhi syarat nya...Kalau dah 6 bulan tak buat bayaran, tiba-tiba sakit dan anda sukar atau tak dapat langsung GL,  maka jangan la anda bising-bising pulak dengan syarikat takaful atau insurans anda.

Kalau memenuhi syarat di atas, boleh proceed kepada langkah-langkah yang akan saya ceritakan seterusnya.....

Untuk memudahkan kerja anda mendaptkan GL ini, ada dua option yang mudah untuk anda lakukan:-

1) Dapatkan bantuan pihak hospital. Tunjukkan mereka kad perubatan anda dan minta mereka usa
hakan untuk dapatkan GL dari Takaful. Biasanya mereka tiada masalah untuk tujuan ini. 

Sebab mereka (pihak hospital) yang nak kan duit dari kos rawatan yang akan dikenakan kepada anda kelak.


2) Hubungi Perunding Takaful anda. Sila pastikan nombor phone Perunding Takaful anda ada dalam phone address anda sepanjang masa.

Biarkan kedua-dua mereka itu yang bekerja untuk anda untuk memastikan anda mendapatkan GL. Dalam keadaan begini anda hanya perlu fikirkan tentang kesihatan anda sahaja lagi. Itu yang sepatutnya.

Yang lain-lain tu biarkan orang lain yang memikirkannya.

Ringkasnya :

1) Pasal GL - Biar receipcionist hospital dan Perunding Takaful anda yang uruskan untuk anda.

      2) Pasal rawatan atau pembedahan (jika ada) biar sahaja pihak hospital uruskan

3) Pasal kos rawatan biar saja pihak  Syarikat Takaful yang langsaikan.

        Anda hanya perlu fikir kesihatan anda sahaja. Kan senang kalau ada kad perubatan tu…


Langkah 4 – Tunggu  ajer syarikat takaful hantar GL terus ke hospital. Biasanya mereka akan fax terus ke hospital.

Dah dapat GL. Anda boleh masuk wad dengan senang hati… Selesai bab nak dapat GL.


p.s : Standby juga dengan sedikit duit deposit yer…..Amaun bergantung kepada pihak hospital.. Tapi biasanya dalam lingkungan RM200 ke RM500 sahaja. Takaful memang tak ambil pun duit ni…. Yang minta adalah pihak hospital… apa-apa hal dengan deposit boleh ajukan ke pihak hospital..


SEKIAN….Jika artikel cabuk ini bermanafaat, boleh la tolong viral kan... 

Jika anda diluar sana inginkan info lanjut tentang kad perubatan ini. Boleh tinggalkan no wassap anda kepada saya  Lazim 019-344 2370 ATAU


Isikan sahaja maklumat diri anda dalam borang yang ada dibahagian bawah laman ini.

Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.