Nampaknya dalam seminggu dua ni, ramai betul customer saya yang terpaksa kena tahan kat wad. Ada yang sakit denggi, ada pula yang sakit kepala (migraine) dan ada pula yang sakit dalam perut (gastrik).
Nasib baik mereka ada ambil polisi yang attach sekali dengan Kad Perubatan Takaful.
Untuk memudahkan lain-lain client (dan juga audiens) saya diluar sana yang ada Kad Perubatan Takaful, disini saya sertakan sedikit panduan untuk anda menggunakan kad perubatan takaful yang dah anda miliki sekian lama ini…
Langkah 1 – Pastikan anda sudah layak menggunakan kad perubatan ini. Jangan sesekali kad takaful anda masih dalam waiting period (masa menunggu). Untuk pengetahuan, mana-mana kad perubatan takaful atau insuran memang ada masa menunggu atau waiting period. Biasanya 120 hari untuk sakit kritikal.
Pastikan juga polisi anda tidak berstatus LAPSE.. Lapse ini berlaku jika sumbangan atau bayaran bulanan anda ke takaful tidak ada yang tertunggak... Sebab itu, jika ambil mana-mana polisi takaful, lebih-lebih lagi yang ambil medical card, bayaran bulanan adalah menjadi kewajipan anda untuk melunaskannya.
Jangan dikala kita memerlukannya, check punya check rupanya medical card kita sudah 3 bulan tidak berbayar.... Kalau ini berlaku, memang akan problem untuk menggunakan medical card yang ada ditangan kita..
Pastikan juga polisi anda tidak berstatus LAPSE.. Lapse ini berlaku jika sumbangan atau bayaran bulanan anda ke takaful tidak ada yang tertunggak... Sebab itu, jika ambil mana-mana polisi takaful, lebih-lebih lagi yang ambil medical card, bayaran bulanan adalah menjadi kewajipan anda untuk melunaskannya.
Jangan dikala kita memerlukannya, check punya check rupanya medical card kita sudah 3 bulan tidak berbayar.... Kalau ini berlaku, memang akan problem untuk menggunakan medical card yang ada ditangan kita..
p.s : Kalau tak faham juga apa itu “waiting period”, sila berhubung dengan Perunding Takaful anda masing-masing. Itu la, gunanya ada agent or Perunding Takaful....apa jua soalan, boleh direct kepada beliau...
p.s .s : Kalau kes kemalangan (accident) ia cover sebaik polisi berkuatkuasa… Tiada waiting period untuk kes kemalangan..
Langkah 2 – Pergi ke klinik (dicadangkan terus ke Klinik Panel Takaful) dan dapatkan rawatan daripada doktor biasa terlebih dahulu.
Pihak hospital (doltor biasa) akan buat pemeriksaan terlebih dahulu dan sekiranya keadaan anda memerlukan anda perlu ditahan di wad, doktor akan beritahu anda tentang keperluan anda perlu ditahan di wad.
Waktu ini lah anda boleh mulakan usaha anda untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Kad Perubatan Takaful anda.
Langkah 3 – Dapatkan Surat jaminan (guarantee letter or GL)
Langkah ini amat penting sebelum anda masuk wad. Jangan main serbu masuk dan selepas itu baru nak usahakan dapatkan GL. Sebab ada kes yang pihak Takaful tak dapat keluarkan GL terutama yang tidak memenuhi syarat-syarat pengendali takaful.
Ini adalah contoh-contoh yang GL mungkin sukar diperolehi :-
1) Kad anda masih dalam waiting period.
2 2) Polisi anda lapse berbulan-bulan. Sumbangan or bayaran bulanan anda sangkut berbulan-bulan.
p.s : Anda kena pastikan kedua-dua di atas memenuhi syarat nya...Kalau dah 6 bulan tak buat bayaran, tiba-tiba sakit dan anda sukar atau tak dapat langsung GL, maka jangan la anda bising-bising pulak dengan syarikat takaful atau insurans anda.
Kalau memenuhi syarat di atas, boleh proceed kepada langkah-langkah yang akan saya ceritakan seterusnya.....
Untuk memudahkan kerja anda mendaptkan GL ini, ada dua option yang mudah untuk anda lakukan:-
1) Dapatkan bantuan pihak hospital. Tunjukkan mereka kad perubatan anda dan minta mereka usa
hakan untuk dapatkan GL dari Takaful. Biasanya mereka tiada masalah untuk tujuan ini.
Sebab mereka (pihak hospital) yang nak kan duit dari kos rawatan yang akan dikenakan kepada anda kelak.
2) Hubungi Perunding Takaful anda. Sila pastikan nombor phone Perunding Takaful anda ada dalam phone address anda sepanjang masa.
Biarkan kedua-dua mereka itu yang bekerja untuk anda untuk memastikan anda mendapatkan GL. Dalam keadaan begini anda hanya perlu fikirkan tentang kesihatan anda sahaja lagi. Itu yang sepatutnya.
Yang lain-lain tu biarkan orang lain yang memikirkannya.
Ringkasnya :
1) Pasal GL - Biar receipcionist hospital dan Perunding Takaful anda yang uruskan untuk anda.
2) Pasal rawatan atau pembedahan (jika ada) biar sahaja pihak hospital uruskan
3) Pasal kos rawatan biar saja pihak Syarikat Takaful yang langsaikan.
Anda hanya perlu fikir kesihatan anda sahaja. Kan senang kalau ada kad perubatan tu…
Langkah 4 – Tunggu ajer syarikat takaful hantar GL terus ke hospital. Biasanya mereka akan fax terus ke hospital.
Dah dapat GL. Anda boleh masuk wad dengan senang hati… Selesai bab nak dapat GL.
p.s : Standby juga dengan sedikit duit deposit yer…..Amaun bergantung kepada pihak hospital.. Tapi biasanya dalam lingkungan RM200 ke RM500 sahaja. Takaful memang tak ambil pun duit ni…. Yang minta adalah pihak hospital… apa-apa hal dengan deposit boleh ajukan ke pihak hospital..
SEKIAN….Jika artikel cabuk ini bermanafaat, boleh la tolong viral kan...
Jika anda diluar sana inginkan info lanjut tentang kad perubatan ini. Boleh tinggalkan no wassap anda kepada saya Lazim 019-344 2370 ATAU
Isikan sahaja maklumat diri anda dalam borang yang ada dibahagian bawah laman ini.