Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTT dan bukan MRTT ?


Perhatian  !!!!  Kepada pemilik rumah kediaman sekarang dan juga bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
    •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan rumah anda belum diinsuranskan dengan mana-mana pengendali or syarikat insuran/takaful ?
    •        Sedang dalam proses untuk membeli rumah kediaman anda ?
    •          Tidak tahu apa-apa pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTT or MRTT ?
    • Terma terma yang saya sebutkan di atas sebentar tadi tu, memang memeningkan kepala anda ?


    Jika benar la begitu, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

    Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



    INSURANS MRTT Vs MLTT


    Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

                i)        MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
    dan 
               ii)    MLTT - Mortgage Level Term Takaful

    MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTT.

    MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta adanya tabungan cash value sekali gus.

    Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTT kerana dalam MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan (cash value). 


    Maknanya MRTT 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
    Maknanya juga, dalam MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) di sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

    Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen cash value pun daripada pihak syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.

    Senario MRTT ini sama la macam kita ambil insurans kenderaan... Jika katakan kenderaan kita tidak mengalami apa-apa musibah (hilang, accident atau terbakar) sepanjang setahun kita ambil insurans kenderaan, maka tiada cash value langsung yang akan dipulangkan kembali kepada kita..



    $$$   MLTT - Ada Cash Value   $$$

    Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value). 

    Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga (kalau umur 30an) yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan.

    Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

    Isikan maklumat diri anda Disini

    Name:
    No Phone :
    Tarikh Lahir anda :
    Pekerjaan Anda :
    Lokasi Anda :
    Mesej Pesanan :

    Get your own free form like this one.