Bagi mengelakkan
berlakunya pertikaian di dalam pengagihan harta pusaka milik arwah (simati),
maka 2 perkara WAJIB dijalankan iaitu :-
1] Hibah dan
2] Wasiat
Kedua-dua perkara di
atas mesti dilakukan sewaktu kita masih hidup bernafas di atas muka bumi ini. Kalau
dah tiada, dan kita tak pernah buat hibah atau wasiat, ini yang boleh dan akan berlaku.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Hibah?
Perancangan kewangan yang
betul adalah amat penting kerana ia akan melibatkan kehidupan dua pihak iaitu
:-
1] Kehidupan simati di alam
roh dan
2] Ahli keluarga yang masih
hidup yang ditinggalkan di alam dunia ini.
Inilah yang dikatakan jaminan masa hadapan dunia dan akhirat. Islam tidak mahu umatnya bergaduh dan bersedih
sepanjang hayat selepas berlaku kematian mana-mana ahli keluarga.
Cukup la setakat sehari
dua atau paling lama pun seminggu dua mengenangkan ahli keluarga tersayang
pergi mengadap Illahi.
Yang masih diberi keizinan oleh Allah swt untuk terus menghirup
udara segar di atas mukabumi ini, suka tak suka kehidupan kita sebagai khalifah
atas muka bumi ni hendaklah diteruskan seperti biasa.
Hibah dan wasiat berkait
secara langsung dengan harta pusaka yag ditinggalkan oleh ahli keluarga yang
pergi terlebih dulu daripada kita.
Hibah dalam bahasa
mudahnya merupakan pemberian/sedekah seseorang kepada orang lain atau
pihak tertentu dan pembahagian hibah
itu dilakukan pada ketika pemberi itu masih hidup
Sewaktu masih hidup,
kita yang ada harta boleh menentukan kepada siapa dan berapa persen nya harta
itu ingin diagihkan. Ianya mesti dilakukan secara bertulis dan mempunyai
autoriti (sah disisi undang-undang).
Amalan hibah dan wasiat sebenarnya boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta di kemudian hari.
Pelaksanaan hibah
bertujuan untuk jaminan ketenangan hati dan minda penerima mahupun pemberi
hibah. Biarpun asalnya hibah umpama pemberian, sedekah atau hadiah namun
pelaksanaannya tetap membabitkan akad.
Akad hibah hanya akan
wujud setelah empat rukun dan syaratnya dipenuhi iaitu perlu ada :-
1)
Pemberi hibah
2)
Penerima hibah
3)
Benda atau harta yang
dihibahkan dan
4)
Ijab dan kabul
Pemberi hibah mestilah seorang yang telah baligh dan berakal supaya beliau memahami
dan jelas dengan matlamat pemberian hibah yang ingin dilakukan.
Bagaimanakah operasi hibah
bersyarat
dilaksanakan dalam Takaful?
Produk takaful
sememangnya telah digabungkan dengan elemen hibah malah telah diamalkan oleh
semua pengendali takaful kerana ia berpaksikan amalan sedekah
melalui pengurusan tabung Tabarru'.
Pengendali takaful akan
menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan tertentu
yang telah dicapai peserta.
Terdapat beberapa produk
takaful yang menggunakan konsep hibah ke atas Pelan Takaful mereka. Pelaksanaan
hibah menerusi manfaat takaful di mana waris (Penerima Hibah) akan menerima
manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian.
Kesemua itu ada
termaktub secara legal di dalam polisi atau kontrak takaful antara Peserta
Takaful dan Pengendali Takaful.
Anda pernah lihat borang ini ?. Ini adalah bahagian yang wajib diisi oleh peserta takaful (yang menggunakan hibah dengan syarikat Takaful Ikhlas). Nama pewaris selaku penerima hibah hendaklah diisi dengan jelas dan tepat dalam borang ini.
Jika terjadi apa-apa musibah kepada peserta takaful (kematian sama ada kematian biasa atau kematian disebabkan kemalangan), pihak syarikat Takaful akan memproses tuntutan pampasan kematian dan bayaran pampasan kematian akan terus diberi kepada penerima hibah TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid..
Wallahuaklam.
Ingin tahu lanjut?
Kalau tak pun, KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.
http://hibahtakaful0193442370.wasap.my
http://hibahtakaful0193442370.wasap.my
http://hibahtakaful0193442370.wasap.my