INSURAN RUMAH MRTT vs MLTT - APA SEBENARNYA?


Sebelum anda baca apa-apa yang terkandung kat laman ini, perlu diingatkan INSURAN RUMAH disini BUKAN cover rumah daripada bencana (terbakar, rumah hancur dek kerana taufan, banjir, tanah runtuh or gempa bumi), TETAPI

Insuran rumah yang saya maksudkan disini adalah untuk cover loan rumah yang anda dah lakukan dengan pihak bank…



Insuran rumah disini akan melindungi anda (selaku peminjam) daripada musibah yang tiba-tiba berlaku…

Apa musibah yang tiba-tiba itu ?

1) KEMATIAN
2) CACAT KEKAL

Kerana 2 perkara di atas, tidak ada siapa yang boleh meramal bila ianya berlaku..

Jika berlaku juga (nauzubillah), apa akan jadi dengan loan yang kita buat?

Bank tetap bank. Mereka akan tuntut pinjaman itu dilunaskan seperti biasa, walaupun kita (peminjam) diatkdirkan sudah tiada lagi atau pun tidak dapat bekerja lagi dek kerana mengalami kecacatan kekal.

Dari segi legal, 3 bulan loan tak berbayar, bank ada hak untuk buat lelongan ake atas rumah tersebut…

Jadi untuk pastikan loan dengan pihak bank dapat dilunaskan sebagaimana dalam perjanjian, suka tak suka kita kena sediakanperlindungan insuran keatas pinjaman yang kita buat..



INSURAN RUMAH MLTT VS MRTT

Sebenarnya ada 4 istilah yang selalu berkait dengan insuran rumah ini, iaitu :-
i)              Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
ii)             Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
iii)            Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
iv)           Mortgage Level Term Takaful (MRTT)



Untuk orang Islam, yang no i  dan no iii tu (Assurance) lupa kan lah sahaja… Tak payah nak cari penyakit nak ambil yang sah sah hukum pengambilannya dari segi syarak..

Assurance tu adalah insurans konvensional.. Boleh check sinisinisini dan sini untuk mengetahui hukum pengambilan insuran konvensional…

Ini sahaja syarikat operator takaful yang sah diMalaysia ini… Klik sini untuk mengetahui senarai oprator takaful di Malaysia.

Jadi untuk orang Islam, ada 2 pilihan yang boleh dipertimbangkan iaitu

MRTT atau MLTT.

Senang mudahnya… MRTT – insurans yang biasanya ditawarkan oleh pihak Bank sewaktu kita sign loan rumah lagi..

Bank suka MRTT sebab MRTT biasanya bank akan masukkan terus dalam loan rumah. Maknanya bila loan lulus, secara automatic insuran rumah juga akan dimasukkan sekali dalam loan rumah.

Masalah dengan MRTT ini, amaun pampasan itu akan berkurang dari setahun ke setahun… ia akan mengikut  balance atau pun baki loan yang masih tinggal..

Contohnya. Katakan loan rumah bernilai 300K pada mulanya… Tetapi selepas 10 tahun amaun ini (outstanding loan) ini dah tentu akan berkurangngan.. Sebab kita dah bayar setiap bulan selama 10 tahun itu…

Katakana selepas 10 tahun, outstanding loan tinggal 200K dan pada tahun tersebut berlaku kematian kepada peminjam, maka pihak insuran/takaful akan membuat bayaran 200K dan terus kepada pihak bank.

Itu MRTT…

Tahun pertama, ia cover 300K.. Bila tahun-tahun berkiutnya, amaun perlindungan 300K ini akan berkurangan dari setahun ke setahun


BAGAIMANA DENGAN MLTT PULAK ?

Kalau MLTT, amaun 300K itu akan kekal sepanjang tempoh pinjaman walaupun baki pinjaman itu dah berkurangan.

Yang bestnya wang pampasan akan diberikan kepada pewaris (bukan direct kepada bank). Pewaris akan gunakan wang pampasan untuk berurusan dengan pihak bank..

Faham ke faham ni?

Tak faham kalu, boleh licit link wasap saya kat bawah… Boleh kita sembang-sembang..



Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.