Takaful Pendidikan merupakan satu skim
atau pelan simpanan dan perlindungan yang direka oleh Syarikat Operator
Takaful untuk tujuan tabungan simpanan pendidikan sebagai persediaan ke
pusat-pusat pengajian tinggi.
Selain daripada Takaful, sebenarnya ada
banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan anak-anak ke
Menara Gading ini. Contohnya Unit Trust, ASN, ASB, Tabung Haji dan lain-lain
instrument berbentuk pelaburan.
Ada pro and cons untuk setiap instrument
pelaburan itu. Ianya bergantung kepada keperluan kita dan kesediaan kita untuk
menabung..
Yang tak bagusnya, satu pun kita tak ada
dalam mana-mana instrument yang saya sebutkan di atas.. ha ha ha ….
Saya ni agent takaful, jadi saya nak
cerita kelebihan jika menggunakan platform takaful untuk tujuan simpanan pendidikan
anak-anak ke Menara Gading..
APA KELEBIHAN MENYIMPAN
MENGGUNAKAN PLATFORM TAKAFUL INI ?
Saya
ringkaskan dalam bentuk table seperti di bawah.
SCENARIO YANG BIASA BERLAKU
Senang kira, jika anak baru
lahir hari ini dan kita nak ada RM40K pada
umur anak 18 tahun nanti, kita kena mula simpan tepi sebanyak R150++ SEBULAN!!!
Ini kalau kita simpan secara
berdisiplin di mana-mana instrument yang pulangan dividen dalam 8.0% setahun…
ASN, ASB, Unit Trust, Tabung Haji
insyaallah boleh dapat dengan pulangan dividen 8.0% setahun.. Mungkin lebih
bergantung kepada keuntungan syarikat..
Ambil kalkulator kira.. Nak
senang anda boleh download Apps Financial Calculator kat henphone anda.
Maknanya kalau kita buat
keputusan untuk invest di ASN,ASB, TABUNG HAJI, BANK, kita perlu disiplinkan untuk
membuat simpanan berkala tanpa miss sebanyak 150++ setiap
bulan sehingga lah umur anak mencapai 18 tahun..
Itu kalau kita umur panjang
dan sihat walafiat kekal, boleh la kita simpan sampai umur anak 18 tahun,
Ditakdirkan kita ‘pergi’ terlebih dahulu atau kita ditakdirlkan mengalami
lumpuh kekal pada umur anak baru menjangkau 5 tahun, siapa nak sambung simpanan
kita untuk bulan-bulan seterusnya?
Itu yang jadi masalahnya ……..
Jadi jumlah simpanan untuk
anak-anak hanya terkumpul setakat mana kita berjaya menyimpannya sahaja.
LAIN PULAK DENGAN SIMPANAN DI TAKAFUL
Tapi kalau simpan dalam platform
Takaful, lain laa pulak… Simpanan
bulanan seterusnya akan disambung bayar oleh pihak Takaful itu sendiri. (daripada
Tabung Tabarruq Takaful) sehingga lah
usia anak 23 tahun..
Jadi, dengan kata lain, ada
orang lain iaitu Syarikat Takaful akan tolong sambung bayar simpanan anak dalam
Takaful sehingga lah usia anak mencecah 23
tahun.
Kesimpulannya , akan terjamin lah
simpanan untuk anak-anak dengan amaun yang kita perlukan bagi membiayai Kos
Pendidikan anak-anak pada usia 18 tahun kelak.
RISIKO JIKA TIDAK DIBUAT SEBARANG PERANCANGAN UNTUK TABUNG
PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Ini yang saya petik daripada keratan-keratan akhbar..
Tak kan kita nak biarkan anak-anak kita jadi macam tu…Jadi,
sebelum apa-apa baik kita ambik langkah persediaan terlebih dahulu…
Kalau nak jadikan Takaful sebagai salah satu alternative
untuk Dana Pendidikan Anak-anak, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini…
CONTOH REAL CASE SIMPANAN DI TAKAFUL
Pembayar : Bapa
Umur bapa : 32 tahun
Kakitangan Kerajaan
Umur anak : 2 tahun
Premium sebulan :RM150 sebulan
Ini yang bakal diperolehi dengan komitmen bapa sebanyak RM150 sebulan selama
21 tahun.
p.s : 21 tahun kerana had
maximun yang dibenarkan untuk plan takaful Pendidikan adalah sehingga umur anak
23 tahun sahaja.
FAHAM KE FAHAM NI?
Kalau masih blur dan anda nak intention
nak clear kan macam mana nak guna platform Takaful untuk simpanan anak-anak,
Boleh klik link wasap di bawah
untuk berwasap dengan saya.. Senang saya nak bagi consultation..
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#lazimtakaful
#medicalcardtakaful