Perbandingan Takaful Vs Insurans Konvensional ?

Fahamkan betul-betul, mana satu Insuran Konvensional dan mana satu Insuran Islamic sebelum anda mengambil mana-mana polisi insurans


1)Kalau di dalam industri perbankan, kita ada dua kategori bank iaitu bank konvensional dan Bank Islam. Begitu juga dalam industri insurans, juga ada dua kategori iaitu Insurans Konvensional dan juga Insurans Islamic (Takaful).

2) Dari segi peranan dan tujuan, takaful atau insurans konvensional adalah sama sahaja,cuma yang membezakan keduanya adalah dari segi perjalanan operasinya sama ada ianya berjalan mengikut apa yang ditetapkan syarak atau sebaliknya.


3) Takaful adalah satu kemudahan yang bersangkut paut dengan pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah  atau dalam bahasa mudahnya takaful adalah Islamic Insurans yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada orang Islam untuk memilih skim perlindungan insurans yang mengikut garis-garis yang mematuhi hukum syarak sepenuhnya.

Bagi memastikan segala operasi takaful mematuhi prinsip syarak sepenuhnya, takaful akan dikawal selia oleh satu badan yang berautoriti yang dipanggil Majlis Pengawasan Syariah.

5) Badan seperti ini tidak wujud dalam Insurans Konvensional. Dalam insurans konvensional, segala keputusan dan cadangan pelaburan mereka akan ditentukan oleh ahli-ahli lembaga pengarah. Anda boleh check sendiri siapa ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat konvensional.

6) Apa yang berlaku, pengendali insurans konvensional bebas untuk membuat apa sahaja dan melabur wang caruman bulanan pelanggan mereka di mana-mana pelaburan yang menguntungkan.


7) Asas pertimbangan hanya keuntungan daripada pelaburan mereka tanpa mengambilkira pelaburan itu dibenarkan oleh syarak atau tidak. Jadi jangan terkejut lah, jika anda dapati wang caruman pelanggan yang dibayar setiap bulan akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang judi,arak dan juga syarikat yang berteraskan riba yang sah-sah hukumnya.

8)  Jadi tidak hairan lah banyak ulama-ulama dan badan-badan agama seperti JAKIM, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa sendiri yang telah mengeluarkan hukum berkenaan dengan pengambilan insurans dan takaful.

Boleh rujuk di sini,  di sini,  di sini dan  di sini untuk keterangan lanjut.

Note : Untuk mendapat lesen takaful ini, bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebenarnya. Company yang ingin memiliki lesen takaful dan ingin menjalankan operasi takaful ini akan melalui syarat-syarat ketat yang ditentukan/ditapis oleh pihak Bank Negara Malaysia sebelum mereka dibenarkan untuk menggunakan nama takaful dan seterusnya menjalankan operasi takaful ini kepada pelanggan-pelanggan.

9)  Bagi memudahkan anda mengetahui, mana satu syarikat yang menjalankan operasi insurans secara konvensional atau takaful, saya senaraikan disini syarikat-syarikat yang beroperasi untuk takaful dan insurans konvensional untuk rujukan anda.

Takaful
Insurans Konvensional
Takaful Ikhlas BerhadEtiqa Insurance
Great Eastern TakafulGreat Eastern Insurance
AIA TakafulAIA Insurance
Takaful Malaysia Asia Life Insurance
Etiqa TakafulOriental Pacific Insurance
Hong Leong TakafulING Insurance
Prudential BSN TakafulMicare Insurance
MAA TakafulHong Leong Assurance



10) Bagi yang muslim, anda sepatutnya sudah ada pilihan sekarang untuk anda atau ahli keluarga anda memilih skim perlindungan diri anda sekeluarga. Pilih lah mana-mana pengendali takaful yang disenaraikan di atas.

11)  Jika anda perlukan khidmat saya, anda boleh teruskan dapatkan info-info terkini yang akan diposkan di laman web dan juga blog ini dari masa ke semasa.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan takaful, sila isikan maklumat diri anda sebagaimana yang saya paparkan di halaman bawah  page ini. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda pada borang yang disediakan. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.



Wassap Lazim 019-344 2370

Majlis Syariah

  • Majlis Penasihat Syariah (MPS) – Merupakan suatu badan yang ditubuhkan bagi memastikan segala operasi takaful adalah mengikut 100% syariah dan tidak sama sekali terjerumus dengan sebarang operasi pelaburan dan kaedah bayaran pampasan yang tidak mengikut kaedah yang digariskan oleh syarak.
  • MPS dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang berkemaharian dari segi aspek kewangan Islam dan mendapat pengiktirafan dari Bank Negara Malaysia.Peranan utama MPS adalah memastikan semua urusan pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan dalam instrumen yang diharuskan syariah sahaja.
  • Dengan adanya MPS, para pelanggan takaful tidak perlu risau dengan bentuk operasi pelaburan syarikat kerana segala wang caruman anda tidak akan sama sekali dilaburkan ke tempat-tempat yang dilarang syarak, ( contoh : syarikat arak, judi dan juga pelaburan yang berisiko tinggi)
Berikut adalah ahli-ahli MPS Takaful IKHLAS sekarang ini



Jika ingin tahu lebih lanjut, sila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page ini. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.

Perlindungan asas Vs Perlindungan Tambahan

Ada yang tanya saya menerusi email, kenapa pihak Etiqa takaful tidak menyediakan elauan wad atau elaun hospital, sedangkan kawan beliau yang mengambil takaful dari pengendali lain ada membuat bayaran elaun wad apabila rakan beliau tersebut dimasukkan ke wad.

Saya jelaskan kepada beliau, perlindungan yang disediakan oleh pengendali takaful atau insurans, ada dua jenis, i.e :-

i) Perlindungan asas
ii) Perlindungan Tambahan

Perlindungan asas adalah perlindungan mandatory yang MESTI disediakan oleh takaful kepada customer. Contohnya perlindungan kepada musibah kematian dan cacat kekal tidak kira apa jua sebab sekalipun. Maksudnya, sekiranya pelanggan mengambil polisi takaful hayat dengan mana-mana syarikat takaful, kedua-dua perlindungan itu (musibah kematian dan cacat kekal) secara automatik akan ada dalam polisi takaful. Yang berbeza adalah dari segi jumlah pampasan yang akan diterima oleh peserta yang bergantung kepada faktor-faktor lain seperti umur kemasukan, tempoh kongrak dengan takaful, sumbangan bulanan dan juga jenis risiko pekerjaan.

Perlindungan tambahan pula adalah bersifat optional dimana pelanggan boleh memilih untuk memiliki atau sebaliknya. Contohnya seperti :-

a) Elaun harian kemasukan ke hospital.
b) Pampasan untuk penyakit kritikal
c) kemudahan kad perubatan
d) Pengecualian daripada bayaran premium, andainya pelanggan disahkan mengidap penyakit kritikal.

Ini samalah kes dalam insurans kenderaanUntuk memudahkan pemahaman, dalam kes perlindungan tambahan untuk insurans kenderaan adalah seperti perlindungan untuk cermin, banjir dan juga perlindungan untuk radio cassette. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan perlindungan dari musibah kerosakan/pecah cermin, kehilangan radio casette atau pun musibah ditimpa bencana banjir, maka barulah









Konsep Asas Yang Perlu Anda Ketahui Berkenaan Takaful

Salam sejahtera,


1) Pada laman ini, saya akan ceritakan perkara-perkara asas yang patut anda tahu berkenaan dengan takaful. Ini penting sebagai ilmu asas yang perlu anda tahu sebelum anda berurusan dengan mana-mana Agent Takaful dari mana-mana syarikat Takaful sekali pun.

2) Setidak-tidaknya anda akan ada sedikit pengetahuan tentang seluk beluk takaful sebelum mendapat konsultasi dari mana-mana Agent Takaful.

3) Penerangan saya dalam laman ini hanya memfokus kepada takaful keluarga sahaja (sebenarnya takaful ada dua jenis, iaitu ‘Takaful Am dan ‘Takaful Keluarga’) .

4) ‘Takaful Am’ adalah yang melibatkan perlindungan ke atas objek yang tidak bernyawa yang disediakan oleh syarikat-syarikat takaful. Contohnya takaful kenderaan, rumah dan juga takaful harta benda.

5) ‘Takaful keluarga’ pula yang melibatkan penyediaan perlindungan dan juga simpanan ke atas individu yang bernyawa dari sekecil-kecil usia 14 hari ke usia 88 tahun. Ini yang akan saya huraikan pada halaman ini.

6) Dalam ‘takaful keluarga’, selain daripada adanya perlindungan tehadap diri pelanggan, ada satu lagi elemen yang tiada dalam ‘takaful am’ iaitu bahagian untuk simpanan.

7) Ini bermakna, caruman bulanan pelanggan ke takaful akan disalurkan sebahagiannya ke dalam akaun simpanan takaful yang mana pelanggan boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang ini tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan takaful.

8) Pengeluaran bahagian simpanan ini tidak akan menyebabkan amaun perlindungan yang dijanjikan kepada pelanggan sebagaimana termeterai dalam kontrak takaful terjejas.

9) Dalam ‘takaful keluarga’, ada dua elemen penting yang patut anda tahu :-
i)  Perlindungan Asas;
ii)  Perlindungan Tambahan.

10) Perlindungan Asas merupakan perlindungan bersifat mandatory (wajib) dan mesti ada di dalam mana-mana pelan takaful keluarga. Ini bermakna, sekiranya anda mengambil mana-mana polisi takaful keluarga, apa yang terkandung dalam perlindungan asas akan secara automatik akan dilindungi kepada pelanggan takaful.

11) Perlindungan tambahan pula merupakan kemudahan yang bersifat optional, yang mana pelanggan boleh memilih jenis perlindungan ini berdasarkan kemampuan dan budget bulanan mereka.

12) Namun begitu, ada dua tiga jenis perlindungan di dalam perlindungan tambahan yang selalunya dicadangkan untuk diambil bersama-sama dengan perlindungan asas supaya pelanggan akan benar-benar dilindungi pada sebarang masa dan keadaan.

Apa yang wajib dan apa yang optional?
1) Bagi menjawab soalan diatas, saya ringkaskan seperti dalam jadual di bawah



Perlindungan Asas
(Wajib)
Perlindungan Tambahan
(Optional)
KematianElaun harian hospital
Kecacatan kekalTabung penyakit kritikal

Pengecualian jika terkena penyakit kritikal

Tabung kemalangan diri

Kad Perubatan Takaful

2) Bagi seorang pelanggan, sebelum anda memohon mana-mana polisi takaful, perkara-perkara asas yang patut (wajib sebenarnya) tahu adalah :-

i) Berapa bayaran sebulan ?
ii) Berapa tahun yang perlu dibayar. Berapa lama kontrak anda dengan takaful sebenarnya ?
iii) Berapa amaun pampasan/perlindungan dalam RM yang akan dilindungi oleh takaful yang melibatkan perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan.
iv) Berapa jumlah simpanan yang terkumpul yang boleh dikeluarkan mengikut tahun caruman.

3) Untuk para pelanggan yang berurusan dengan saya, selalunya saya akan meminta terlebih dahulu maklumat pelanggan bagi membolehkan saya menyediakan kertas cadangan takaful kepada pelanggan-pelanggan saya.

4) Ini kerana penyediaan kontrak takaful berserta jumlah simpanan dan juga perlindungan yang akan disediakan takaful kepada pelanggan akan bergantung kepada :-

i) Umur pelanggan sewaktu memohon polisi takaful untuk ini (untuk ini, tarikh lahir pemohon diperlukan);
ii)  Jenis pekerjaan
iii) Anggaran budget anda atau komitment bayaran dari pelanggan ke takaful
iii)  Tempoh kontrak (tempoh bayaran pelanggan kepada takaful)
iv) Merokok atau tidak?

5)  Bergerak dari maklumat pelanggan di atas, saya akan sediakan apa yang pelanggan akan perolehi (dari segi simpanan, perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan) yang akan dijamin daripada pihak takaful kepada mereka.

6) Berikut adalah contoh-contoh kontrak berdasarkan pelan takaful yang telah diambil :-

a) Usia 2 tahun, RM120 sebulan (TN Intelek);
b) Usia 15 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)
c) Usia 25 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)


7) Dalam contoh-contoh kontrak di atas, saya telah tunjukkan dengan jelas :-

i)  Jumlah perlindungan asas yang sepatutnya diterima pelanggan
ii)  Jumlah perlindungan tambahan;
iii)  Amaun simpanan mengikut tahun caruman;
iv)    Amaun pampasan kematian mengikut tahun caruman;
v)   36 jenis penyakit kritikal;

8)  Itu adalah sebahagian daripada pelan takaful yang telah saya sediakan untuk pelanggan saya dari berbagai umur dan juga pilihan produk takaful yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful.

 Note :
i)  Saya Agent Etiqa, jadi contoh-contoh yang saya berikan dalam kertas cadangan takaful kepada anda adalah berdasarkan apa yang Etiqa berikan.

ii)  Untuk Takaful dari syarikat Takaful lain, anda boleh dapatkan daripada Agent Takaful syarikat berkenaan..


Jika ingin tahu lebih lanjut secara specifik untuk diri anda atau ahli keluarga anda yang lainsila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page iniSila scroll down dan isikan maklumat diri anda.

Saya hanya akan sediakan quotation atau kertas cadangan takaful untuk anda yang benar-benar berminat sahaja.

Sekian. Wallahuaklam....



Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.