Konsep Asas Yang Perlu Anda Ketahui Berkenaan Takaful

Salam sejahtera,


1) Pada laman ini, saya akan ceritakan perkara-perkara asas yang patut anda tahu berkenaan dengan takaful. Ini penting sebagai ilmu asas yang perlu anda tahu sebelum anda berurusan dengan mana-mana Agent Takaful dari mana-mana syarikat Takaful sekali pun.

2) Setidak-tidaknya anda akan ada sedikit pengetahuan tentang seluk beluk takaful sebelum mendapat konsultasi dari mana-mana Agent Takaful.

3) Penerangan saya dalam laman ini hanya memfokus kepada takaful keluarga sahaja (sebenarnya takaful ada dua jenis, iaitu ‘Takaful Am dan ‘Takaful Keluarga’) .

4) ‘Takaful Am’ adalah yang melibatkan perlindungan ke atas objek yang tidak bernyawa yang disediakan oleh syarikat-syarikat takaful. Contohnya takaful kenderaan, rumah dan juga takaful harta benda.

5) ‘Takaful keluarga’ pula yang melibatkan penyediaan perlindungan dan juga simpanan ke atas individu yang bernyawa dari sekecil-kecil usia 14 hari ke usia 88 tahun. Ini yang akan saya huraikan pada halaman ini.

6) Dalam ‘takaful keluarga’, selain daripada adanya perlindungan tehadap diri pelanggan, ada satu lagi elemen yang tiada dalam ‘takaful am’ iaitu bahagian untuk simpanan.

7) Ini bermakna, caruman bulanan pelanggan ke takaful akan disalurkan sebahagiannya ke dalam akaun simpanan takaful yang mana pelanggan boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang ini tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan takaful.

8) Pengeluaran bahagian simpanan ini tidak akan menyebabkan amaun perlindungan yang dijanjikan kepada pelanggan sebagaimana termeterai dalam kontrak takaful terjejas.

9) Dalam ‘takaful keluarga’, ada dua elemen penting yang patut anda tahu :-
i)  Perlindungan Asas;
ii)  Perlindungan Tambahan.

10) Perlindungan Asas merupakan perlindungan bersifat mandatory (wajib) dan mesti ada di dalam mana-mana pelan takaful keluarga. Ini bermakna, sekiranya anda mengambil mana-mana polisi takaful keluarga, apa yang terkandung dalam perlindungan asas akan secara automatik akan dilindungi kepada pelanggan takaful.

11) Perlindungan tambahan pula merupakan kemudahan yang bersifat optional, yang mana pelanggan boleh memilih jenis perlindungan ini berdasarkan kemampuan dan budget bulanan mereka.

12) Namun begitu, ada dua tiga jenis perlindungan di dalam perlindungan tambahan yang selalunya dicadangkan untuk diambil bersama-sama dengan perlindungan asas supaya pelanggan akan benar-benar dilindungi pada sebarang masa dan keadaan.

Apa yang wajib dan apa yang optional?
1) Bagi menjawab soalan diatas, saya ringkaskan seperti dalam jadual di bawah



Perlindungan Asas
(Wajib)
Perlindungan Tambahan
(Optional)
KematianElaun harian hospital
Kecacatan kekalTabung penyakit kritikal

Pengecualian jika terkena penyakit kritikal

Tabung kemalangan diri

Kad Perubatan Takaful

2) Bagi seorang pelanggan, sebelum anda memohon mana-mana polisi takaful, perkara-perkara asas yang patut (wajib sebenarnya) tahu adalah :-

i) Berapa bayaran sebulan ?
ii) Berapa tahun yang perlu dibayar. Berapa lama kontrak anda dengan takaful sebenarnya ?
iii) Berapa amaun pampasan/perlindungan dalam RM yang akan dilindungi oleh takaful yang melibatkan perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan.
iv) Berapa jumlah simpanan yang terkumpul yang boleh dikeluarkan mengikut tahun caruman.

3) Untuk para pelanggan yang berurusan dengan saya, selalunya saya akan meminta terlebih dahulu maklumat pelanggan bagi membolehkan saya menyediakan kertas cadangan takaful kepada pelanggan-pelanggan saya.

4) Ini kerana penyediaan kontrak takaful berserta jumlah simpanan dan juga perlindungan yang akan disediakan takaful kepada pelanggan akan bergantung kepada :-

i) Umur pelanggan sewaktu memohon polisi takaful untuk ini (untuk ini, tarikh lahir pemohon diperlukan);
ii)  Jenis pekerjaan
iii) Anggaran budget anda atau komitment bayaran dari pelanggan ke takaful
iii)  Tempoh kontrak (tempoh bayaran pelanggan kepada takaful)
iv) Merokok atau tidak?

5)  Bergerak dari maklumat pelanggan di atas, saya akan sediakan apa yang pelanggan akan perolehi (dari segi simpanan, perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan) yang akan dijamin daripada pihak takaful kepada mereka.

6) Berikut adalah contoh-contoh kontrak berdasarkan pelan takaful yang telah diambil :-

a) Usia 2 tahun, RM120 sebulan (TN Intelek);
b) Usia 15 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)
c) Usia 25 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)


7) Dalam contoh-contoh kontrak di atas, saya telah tunjukkan dengan jelas :-

i)  Jumlah perlindungan asas yang sepatutnya diterima pelanggan
ii)  Jumlah perlindungan tambahan;
iii)  Amaun simpanan mengikut tahun caruman;
iv)    Amaun pampasan kematian mengikut tahun caruman;
v)   36 jenis penyakit kritikal;

8)  Itu adalah sebahagian daripada pelan takaful yang telah saya sediakan untuk pelanggan saya dari berbagai umur dan juga pilihan produk takaful yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful.

 Note :
i)  Saya Agent Etiqa, jadi contoh-contoh yang saya berikan dalam kertas cadangan takaful kepada anda adalah berdasarkan apa yang Etiqa berikan.

ii)  Untuk Takaful dari syarikat Takaful lain, anda boleh dapatkan daripada Agent Takaful syarikat berkenaan..


Jika ingin tahu lebih lanjut secara specifik untuk diri anda atau ahli keluarga anda yang lainsila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page iniSila scroll down dan isikan maklumat diri anda.

Saya hanya akan sediakan quotation atau kertas cadangan takaful untuk anda yang benar-benar berminat sahaja.

Sekian. Wallahuaklam....



Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.