HIBAH TAKAFUL ? Sedikit Pencerahan Tentang Hibah Takaful



Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.

SIAPA WARIS TERDEKAT  ?

  • Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
  • Kalau isteri, Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada). Nama suami biasanya tak ada langsung…. 
  • Apa pun, semuanya bergantung kepada peserta yang ambil polisi hibah takaful ni... Boleh letak penama atau Penerima Hibah mengikut kehendak mereka.


Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-          Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…

-           Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..

-           TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30++ hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)

-          Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100%  pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....

-          Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja.  KWSP laksana konsep PENAMA (bukan hibah tau).

-     Penama dalam KWSP hanyalah sebagai Pemegang Amanah Sahaja….
-          Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.


REAL CASE STUDY

  • Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
  •  Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..


Profil Customer :



- Lelaki
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu  ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan








Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:

    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
    2. Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
    3. Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.


    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000

    • Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
    • Dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
    • Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…


    2. Penyakit Kritikal RM100,000

    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
    • Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekali pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
    • Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
    • Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
    • Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….


    3. Waiver – Pengecualian Bayaran
    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
    • Maksudnya tak perlu  bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
    •  Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
    • Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..


    BERMINAT NAK TAHU LANJUT 
    PASAL HIBAH TAKAFUL?


    KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.



    ATAU...................

    Isikan butiran diri dalam eForm di bawah ini....'



    Insuran Rumah MLTT : Save sedikit Daripada Membayar Interest Bank

     Baca hingga habis ke semua page ini, jika anda nak jimat sedikit daripada membayar interest bank.


    Sedikit tak sedikit jugak.. Ada customer boleh jimat sampai berbelas ribu ringgit juga, jika anda ambil insuran/takaful rumah sendiri berbanding jika ambil direct insuran dengan bank.

    MRTT = Ni insuran ambil direct dengan bank. Confirm ada include interest bank. Sebab insurans jenis ini akan dimasukkan sekali dengan loan rumah anda.

    MLTT = Ambil sendiri dengan agent takaful diluar sana. Guna produk life takaful....Produk ni confirm tak ada interest...Boleh lihat dalam polisi takaful nanti. Save duit anda...


    pe


    Sebelum itu, baca dulu kenapa kita kena ambil insurans rumah (untuk cover loan rumah) ?

    Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah yang dibeli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

    Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? Insuran rumah ni macam insuran kereta la jugak... 

    Sekiranya, kita beli kereta, tetapi kereta tersebut tiada apa-apa perlindungan insuran atau takaful. Apa akan jadi, sekiranya ditakdirkan kereta tersebut hilang, accident atau pun terbakar ?

    Sekiranya kita ada ambil polisi insurans or takaful kenderaan, owner boleh claim sahaja kerosakan dan kerugian itu dengan syarikat insurans..  

    Jadi, tak ada la kopak duit kita untuk repair balik kereta yang accident tadi. Lebih parah lagi, kalau kereta itu ditakdirkan hilang atau pun terbakar hangus..

    Itu sekiranya ada insurans... Bagaimana kalau kereta terebut tiada perlindungan insurans atau takaful..
    Jawabnya, bayar jer sendiri segala kos yang diperlukan..

    Sekiranya kereta tersebut masih ada hutang dengan bank, maka suka tak suka kita terpaksa jugak settle dengan bank, walaupun kereta dah lesap entah kemana..

    Sama juga dengan rumah yang kita beli... Sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diduga secara tiba-tiba (contohnya kematian kepada pembeli), siapa yang akan meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak bank?

    Sekiranya ada insurans, Pewaris boleh membuat tuntutan pampasan kematian dengan pihak insurans untuk melangsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

    Jika ditakdirkan kita lumpuh/cacat kekal dan tak boleh bekerja lagi, kita boleh tuntutan pampasan akibat lumpuh/cacat kekal daripada pihak Insurans/takaful.

    Sekiranya tiada, terpaksa lah Pewaris kena teruskan dengan duit poket sendiri untuk bayaran seterusnya kepada pihak bank...Itu sekiranya, pewaris masih mampu untuk meneruskan bayaran bulanan rumah.. 


    Jika sebaliknya, tunggu masa jer la, bank tetap bank. Mereka akan kejar, kejar dan kejar untuk dapatkan bayaran pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peminjam. 

    Dan sekiranya gagal untuk mendapatkan bayaran daripada Pewaris, maka langkah akhir adalah bank akan lelong rumah tersebut..



    DULU-DULU

    Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

    Bank dah tentukan insuran mana yang kita kena ambil... Kalau setuju, sign sahaja.. tak setuju, bye bye sahaja.. Kita sebagai Pengguna or Peminjam terpaksa redho sahaja apa yang bank offer..

    Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda.  Bahasa glamor MRTT ler nie.

    Kesannya, fees untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

    Sekarang ini ………


    Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

    Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.

    Yang paling bestnya, ada insurans sekarang ni yang membolehkan anda tidak perlu membayar LUMPSUM sekali gus untuk insuran rumah anda.. Boleh sahaja dibayar berkala secara bulan-bulan atau tahunan.

    Inilah insuran MLTT namanya. Insuran atau pun takaful yang kita ambil dan nego sendiri dengan Agent Takaful diluar sana.


    MLTT : ALTERNATIF KEPADA MRTT


    MLTT atau  Mortgage Life Term Takaful  merupakan takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran kepada bank terlaksana andai kata terjadi musibah kepada pembeli rumah.


    Untuk MRTT, bayaran kepada syarikat insurans akan dibuat sekali gus (lump sum). Jika pinjaman 30 tahun, maka bayaran fee untuk insurans MRTT akan dikira terus untuk tempoh 30 tahun .

    Anda kena bayar terus fee insurans MRTT untuk tempoh 30 tahun, walaupun baru 2 hari anda memasuki rumah anda.

    Tetapi pihak bank cerdik. Mereka tahu customer ramai yang tak suka atau tak mampu nak bayar MRTT sehingga 30 tahun sekali gus. Jadi apa yang dibuat adalah dengan memasukkan yuran insurans MRTT itu ke dalam pinjaman perumahan yang kita buat.

    Maknanya bank akan bundle sekali pinjaman perumahan dengan yuran MRTT tu
    Kesan daripada ini, MRTT juga kan dikenakan interest oleh pihak bank. 

    Bukan sahaja bank boleh kenakan interest ketas pinjaman perumahan kita tetapi di masa yang sama, bank juga sempat lagi buat duit extra dengan mengenakan interest ke atas yuran insurans MRTT anda.



    Tak Caya, Cuba Kira.


    Kalau rumah harganya RM200K, total bayaran kepada bank sepanjang tempoh pinjaman dibuat adalah dalam lingkungan RM600K++.

    Yang paling ketara bezanya antara MRTT dan MLTT adalah dari segi :-

         1) MRTT kena bayar sekali gus. MLTT boleh dibayar bulan-bulan..

         2) MRTT langsung tiada cash value/saving.  


    Tetapi  ..

    MLTT ada bahagian saving.. Maksudnya setiap caruman bulanan yang dibayar kepada syarikat takaful,  insyaAllah akan ada sedikit lebihan yang akan dipulangkan nanti.

    Berapa Jumlah nya ?

    Ianya akan bergantung kepada umur dan pekerjaan anda sewaktu memohon polisi MLTT ini.
    Nak tahu lanjut, kena set masa sedikit dengan saya. Nanti saya prepare quotation.

    Dalam quotation tu akan tunjuk number-number yang diperlukan untuk anda memahami produk MLTT yang anda hendak pohon.

    Saya harap dengan catatan saya dapat membantu anda membuat penilaian sendiri insurans mana yang patut anda ambil untuk menjamin dan melindungi rumah anda.

    Anda ada hak untuk memilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kehendak kita. Tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan tandatangan dengan pihak bank.

     Jika masih kabur dengan coretan ini, anda boleh bertanya atau whatsapp saya bila-bila masa . atau boleh juga anda tinggalkan pesanan anda dalam borang yang ada di bawah ini.


    Ingin Info Lanjut MLTT Sekarang ?

    Sila isikan maklumat diri anda dalam eForm saya dibawah.. Nanti senang saya nak propose mana plan MLTT yang sesuai dengan anda...

     



    Isikan maklumat diri anda Disini

    Name:
    No Phone :
    Tarikh Lahir anda :
    Pekerjaan Anda :
    Lokasi Anda :
    Mesej Pesanan :

    Get your own free form like this one.