Insurans Rumah : Apa beza MRTT dan MLTT (Produk Takaful Hayat) ?





Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah yang dibeli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? Insuran rumah ni macam insuran kereta la jugak... 

Sekiranya, kita beli kereta, tetapi kereta tersebut tiada apa-apa perlindungan insuran atau takaful. Apa akan jadi, sekiranya ditakdirkan kereta tersebut hilang, accident atau pun terbakar ?

Sekiranya kita ada ambil polisi insurans or takaful kenderaan, owner boleh claim sahaja kerosakan dan kerugian itu dengan syarikat insurans..  

Jadi, tak ada la kopak duit kita untuk repair balik kereta yang accident tadi. Lebih parah lagi, kalau kereta itu ditakdirkan hilang atau pun terbakar hangus..

Itu sekiranya ada insurans... Bagaimana kalau kereta terebut tiada perlindungan insurans atau takaful..
Jawabnya, bayar jer sendiri segala kos yang diperlukan..

Sekiranya kereta tersebut masih ada hutang dengan bank, maka suka tak suka kita terpaksa jugak settle dengan bank, walaupun kereta dah lesap entah kemana..

Sama juga dengan rumah yang kita beli... Sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diduga secara tiba-tiba (contohnya kematian kepada pembeli), siapa yang akan meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak bank?

Sekiranya ada insurans, Pewaris boleh membuat tuntutan pampasan kematian dengan pihak insurans untuk melangsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

Jika ditakdirkan kita lumpuh/cacat kekal dan tak boleh bekerja lagi, kita boleh tuntutan pampasan akibat lumpuh/cacat kekal daripada pihak Insurans/takaful.

Sekiranya tiada, terpaksa lah Pewaris kena teruskan dengan duit poket sendiri untuk bayaran seterusnya kepada pihak bank...Itu sekiranya, pewaris masih mampu untuk meneruskan bayaran bulanan rumah.. 



Jika sebaliknya, tunggu masa jer la, bank tetap bank. Mereka akan kejar, kejar dan kejar untuk dapatkan bayaran pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peminjam. 

Dan sekiranya gagal untuk mendapatkan bayaran daripada Pewaris, maka langkah akhir adalah bank akan lelong rumah tersebut..




DULU-DULU

Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

Bank dah tentukan insuran mana yang kita kena ambil... Kalau setuju, sign sahaja.. tak setuju, bye bye sahaja.. Kita sebagai Pengguna or Peminjam terpaksa redho sahaja apa yang bank offer..

Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda.  Bahasa glamor MRTT ler nie.

Kesannya, fees untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

Sekarang ini ………


Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.

Yang paling bestnya, ada insurans sekarang ni yang membolehkan anda tidak perlu membayar LUMPSUM sekali gus untuk insuran rumah anda.. Boleh sahaja dibayar berkala secara bulan-bulan atau tahunan.


  

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Walaupun pembeli ada hak untuk membuat pilihan insurans mana yang mereka perlukan Pembeli seharusnya (wajib sebenarnya) kena ada sedikit info tentang jenis-jenis insurans perumahan yang ada ditawarkan di negara kita ini.

Kalau tidak, macam mana nak buat pilihan.. kalau tak tahu apa-apa pasal insurans rumah ni



INFO BERGUNA UNTUK ANDA

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, ada dua jenis insurans yang boleh digunakan untuk melindungi rumah anda daripada ditimpa musibah kepada pembeli rumah.

Musibah yang saya maksudkan disini adalah :-
      
1     1) Kematian atau
2     2) Cacat kekal.
3     3) Sakit Kritikal

PERSOALAN

·         Jika berlaku musibah di atas kepada pembeli rumah, apa akan jadi kepada bayaran bulanan seterusnya kepada rumah anda ?

  • ·        Adakah anak isteri anda akan menanggung untuk settle bayaran bulanan rumah hingga selesai ?
  • ·         Adakah anda yang masih hidup sanggup rumah anda dilelong oleh pihak bank dek kerana anak isteri anda tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan kepada bank ?

Jika anda sayangkan rumah anda daripada dilelong oleh pihak Bank, suka tak suka anda kena ada polisi insurans untuk cover pinjaman rumah anda.



Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis insurans rumah yang boleh anda ambil.Saya hanya tunjukkan dua jenis insurans rumah yang patuh syariah sahajaKedua-dua insurans itu adalah :-


1)  MRTT 
2)  MLTT



MRTT ialah Mortgage Reduced Term Takaful merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Ini yang biasa diambil oleh kebanyakan kita yang membeli rumah. Ini kerana insurans ini yang selalunya dipaksa diambil oleh pihak Bank ke atas pembeli rumah.

Tujuan nya adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal.

Jika berlaku musibah ini, pewaris tak perlu membayar apa-apa dan bayaran bulanan rumah akan dilangsaikan oleh pihak penyedia insurans anda. Bayaran terus masuk ke pihak bank.

Okay. Nampak tak tujuan insurans MRTT...

Ulang sekali lagi, jika pembeli rumah meninggal or mengalami cacat kekal sehingga putus punca pendapatan, maka Pewaris tidak akan dibebani untuk terus membuat bayaran ke atas baki pinjaman yang masih ada .

Insurans atau takaful akan selesaikan hutang-hutang yang masih berbaki itu...

Selalunya kalau pembeli malas memerah otak (kebanyakannya begitu), mereka akan terima sahaja saranan bank dan mengambil insurans jenis no 1 di atas iaitu MRTT.



Tetapi, Tunggu Dulu,  Tahukah Anda ???

Peraturan baru Bank Negara Malaysia, Bank-bank yang mengeluarkan pinjaman perumahan kepada anda, tidak lagi boleh mengenakan syarat untuk anda mengambil polisi insurans yang dicadangkan oleh pihak bank.

Maknanya di sini, anda ada hak untuk mengambil polisi insurans daripada bank atau memilih mana-mana syarikat insurans di luar sana yang anda lebih suka.

MRTT ini bukan tidak bagus, cuma sekarang ni ada option ke 2 iaitu MLTT yang membolehkan anda membuat bayaran secara bulanan (bukan LUMPSUM) atau pun tahunan sahaja.

Lagi pun, Pembeli rumah yang memiliki insurans MRTT ini hanya mendapat benefit jika sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal kepada pembeli sahaja sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Katakan sepanjang tempoh perjanjian tersebut, pembeli tidak meninggal atau cacat kekal, maka satu sen pun pihak pembeli tidak mendapat apa-apa benefit daripada syarikat insurans.

MLTT insya Allah ada sedikit lebihan cash money yang akan dipulangkan kembali... Ada dalam kontrak MLTT nie..



MLTT : ALTERNATIF KEPADA MRTT


Sebagai alternative  kepada insurans rumah MRTT ini, ada satu lagi insurans untuk melindungi  rumah anda yang dipanggil MLTT.

Sekarang tibalah masanya saya nak bercakap pasal MLTT. Bezanya R dengan L sahaja. Tetapi makna dan kesannya jauh lebih besar terutama kepada pulangan cash value kita.

Isikan maklumat diri anda Disini

Name:
No Phone :
Tarikh Lahir anda :
Pekerjaan Anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Get your own free form like this one.